Wednesday, July 13, 2011

khinzir islam????....=D

cerita nie diambil dari ---------> ali_imran.blogspot.com



Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di sebuah sekolah menengah. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah!!. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas..

pssst : Allah kurniakan kita akal fikiran...jadi pandai2lah fikir2kan ye...renung2kan dan selamat beramal!!!..=D

Monday, July 4, 2011

Nak kenal buah hati saya tak??????


Assalamualaikum w.b.t...haa..malam yg indah nie saya nak memperkenalkan buah-buah hati pengarang jantung saya..ceewahhh..;)...anak2 buah saya la...sapa lagi..daripada yang senakal-nakal alam sampailah yang sesenyap2 alam ada..hahaha...apa2 pun dyorang nie la penyeri rumah tok wan ngan nenek dyorg yg besor nie bila balik kampung...kalau xde..sunyi je...jom layaan..=)


ok..yang belakang,tinggi sikit tu namanya Amirul Ammar bin Saifol Mahyus,sekarang nie dah 9 tahun,darjah 3...cucu sulung En.Hj MohamadNoor & Pn Hjh Rohani..yang depan,kecik sikit tu pulak namanya Afif Jazimin bin Saifol Mahyus umurnya 6 tahun...adik beradik dua orang nie..tuhan sajalah yg tahu betapa lasak n ganasnya...diam bila tidur saja...mak chiknya dah biasa dah kena sepak2,tumbuk2..tak larat nak layan...cuma abangnya dah tak berapa ganas sekarang..maklumlah,udah besor sikit..kuranglah..tp selalu kena belasah ngan adik dia...patutlah kurus,huhuuu


ini lagi sorang adik yang berdua dekat atas tu...Muhammad Safaraz bin Saifol Mahyus...lebih kurang 7 bulan umurnya..nie gambor time baru2 lahir....sekarang dah pandai merangkak dah...;)


Nuralya Zulaikha binti Zulkifle...cucu nombor 2..sebaya dengan ammar,9 tahun..yang ini lain pulak ragamnya,banyak bercakap tp sensitif x bertempat...masa kecik2 dulu selalu kena puji nie..."eh,anak sapa nie???pandainya bercakap"..kata org2 yg jumpa....sekarang nie,bercakap banyak jugak...kekadang cakap lebih dr kerja..hahaha..


Ini kesayangan saya..=)...Nur Alya Annisa binti Zulkifle...5 tahun...tengok betul2 muka dia,macam saya kan????ramai sangat cakap mcm tu..mama dia pun kata muka annisa nie macam saya,mak chiknya...perangai pun lebih kurang je...memang rapat la kami nie..orang ngat dia nie adik saya..hehe..yang ini kental sikit dari kakak dia,berani tp bila pegi tabika,sokmo mama dia kena tunggu dr awal sampai balik..hehe..


haa...nampak je gambar mcm ceria kan????ini lah yg paling pendiam dan penyenyap sekali....lama baru dengar suara dia..n kalau ada geng (Annisa),baru dia dok gelak2,main2.....kalau tak kenal jangan harap la dia nak bersuara....tengok mood la..hehe..Nur Aqilah Irdina binti Mohd Azlan..umur,4 tahun...kecik2 lagi udoh belajar silat dan disilatkan oleh abi dia...maklumlah,abi dia guru silat...agak2 besar nanti leh jadi serikandi nie..hehe.kan aqil???..;)


Nur Hasanah Irdina...adik aqilah..umur baru 3 tahun..tapi dah nak sama besar dengan si kakak..mana taknya,kakak susah sangat nak makan..haha..yg ini,ummi dia bersalin betul2 sehari sebelum mak ngan abah saya berangkat ke Makkah,menunaikan haji..sepatutnya belum due lagi,tp apa nak buat...agaknya x sabar nak jumpa tok wan dengan nenek dia sebelum depa pi Makkah...;)


yeah..ini lah budak kicik yang saya dok jaga kalau abah ngan ummi dia xde....Amira Batrisyia binti Mohamad Azmi...umur...6 bulan...si kecik nie x banyak ragam sangat,kecuali kalau dia lapar,lambat sikit pun x boleh...jenis tak kisah nak duduk ngan sapa2...ntah mak cik-mak cik mana dukung dia pun dia senyap,rileks je..hehe...sekarang nie tengah belajar2 merangkak,tp x berjaya lagi setakat nie..hehe..dah pandai tak nak tidur kalau letak dalam buaian..merengek,menangis2...bila angkat je..senyap..hmmm...



ok...itulah 8 orang buah hati saya setakat nie...satu lagi coming soon,before raya nanti insyaAllah..=)...senakal-nakal mana pun dyorang nie...mak chik tetap sayang tau !!...=D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...