Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t, dah dekat setahun tak update blog...punyalah busy habaq hang..hohoho. banyak benda dah berlaku dalam setahun ni,nak cerita pun tak habih.so, dipendekkan cerita aku sekarang dah jadi penduduk bandaraya shah alam, selangor. tak duduk gambang dah..haha..dah 3 bulan lebih dah duduk shah alam buat praktikal dan setakat ni,aku sukaaaaa duduk shah alam.kenapa?sebab...
1. Jarak
- shah alam dengan felda besout tak ada lah jauh sgt..kira kalau cuti dua hari nak balik, tak berkira la. bila duduk SA ni, boleh kata 2 minggu sekali balik rumah. kalau drive kereta dalam 2 jam dah boleh sampai. kira terbaik la pasal boleh balik jenguk mak abah selalu =)
- dekat pulak dengan abang dgn kakak yg duduk SA dgn klang, so apa2 hal memang ada tempat nak mengadu gitu..hehe..kalau bosan2 duduk rumah hujung minggu,boleh lari sat pi rumah depa layan anak2 buah. kalau nak balik perak pun senang,boleh tumpang depa ja.
jalan2 dengan abang kakak & anak2 buah hujung minggu @ pantai remis,klang
- SA dekat dgn byk tempat. nak pi klang x jauh, kl pun x jauh sgt, putrajaya, subang, petaling jaya, dll. pendek kata kalau dah bosan sgt jalan2 SA, byk tempat lain boleh explore. lagipun bila lagi nak jalan2..jauh perjalanan,luas pemandangan,kan??
pi sports day a.k.a melawat sekolah..dah alang2 dekat kan~
2. Environment
- aku memang nature lover. aku tak suka tempat yg sesak,hiruk pikuk, bangunan tinggi2 macam KL dan aku rasa SA just nice. sini banyak pokok, tasik dan x terlalu sesak. teringat pulak dekat Bandung, Indonesia,pasal byk pokok rendang, besar2..nyaman aje.
- jalan tak berapa sesak. kalau sesak pun jalan nak masuk dr KL/klang. dalam bandar SA jarang sesak. hujung minggu kadang2 jalan lengang mcm xdak org pulak..haha.dari rumah nak pegi tempat praktikal x sampai 10 minit, jalan smooth saja =)
3. Penduduk
- dekat sini, apa yg aku perhatikan penduduk dia amalkan gaya hidup sihat. pagi, petang pemandangan biasa tgk orang jogging. bukan org muda je jogging, mak cik pak cik pun ramai yg exercise.
- surau mmg byk dekat SA, surau pulak besar mcm masjid & mmg ramai org yg mengimarahkan masjid tiap kali waktu solat. selalu nampak makcik & pakcik jalan kaki je dr rumah pi surau. surau pulak byk aktiviti, bukan setakat solat jemaah tiap waktu. ada kelas mengaji, ceramah agama, majlis selawat. Alhamdulillah =)
4. Aktiviti
- byk aktiviti dekat SA, especially hujung minggu. just adjust time table, pilih nak join yg mana. hujung minggu memang tak boring duduk rumah aje. pameran, karnival, program ilmiah, sports,dll. kemudahan utk beraktiviti pun banyak =)
world halal conference 2014. sirim's delegate
kena kejar dinosour dekat icity shah alam..huhuhu
kayaking @ taman tasik shah alam
pesta buku antarabangsa KL 2014
Graduan career fair @ KLCC
5. Transport
- banyak public transport, tak payah nak risau. bas rapidKL banyak, teksi banyak, kalau tak mau sesak, boleh naik keretapi, KTM. ada 3 stesen KTM dkt SA ni. pilih mana yg mudah.
jom naik train. jimat tenaga, elak sesak =)
So, conclusionnya bandar shah alam memang masuk dengan jiwa aku yg suka tempat2 dengan positif environment plus banyak aktiviti yg aku boleh join. InsyaAllah, ada jodoh mungkin boleh kerja & stay shah alam.hehe =D