Thursday, December 30, 2010

wE're The CHAMPION!!!

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum semua..hari Khamis yg sejuuk..huhu..dari pagi ke petang redup dn sejuk je dkt Felda Besout 4 nie.....hmm..apa khabar semua...ada yg  demam ke???hahaha..bukan demam apa...demam BOLA!!!...Alhamdulillah...pasukan Malaysia menang piala AFF Suzuki Cup malam tadi..final dengan Indonesia..agriget 4-2...syukur3...=)


hmmm...memang banggalah..proud to be Malaysian...walaupun kena kritik awal2 sebab kalah teruk dengan team yg sama,Indonesia 5-1..tapi nmpaknya mereka nie sedar dn cepat2 betulkan kesilapan2 yg ada smpailah berjaya memjejak ke final dan bawak balik piala buat pertama kalinya...tahniah!!

actually saya nie xdelah minat sangat bola sepak..tapi tiba2 jadi semangat..semuanya sebab nak menyokong pasukan kesayangan kita nie..huhuhu...walaupun x pergi tengok live sama ada di Bukit jalil ataupun Gelora Bung Karno..tapi dekat rumah pun dah cukup meriah..agak2 nak terkeluar anak tekak family saya menjerit depan tv malam tadi..hahaha..fun jugaklah..bergegar rumah agaknya..

gambar dari facebook (jgn maree aaa).....=)

Ini lagi satu hal..laser..laser..laser..huh..macam2...nak gelak pun ada bila baca berita2 panas media lepas final 1 d bukit jalil hari tu..geram pun ada..apalah nak jadi..kan elok kalau tengok cara baik je..xperlu buat apa2..laser ke,mercun ke..buat malu saja..lagipun dua2 pasukan pun sudah kena laser...x perlu rasanya tunding jari pada sapa2....



Media masing2 pulak berlumba2 mencari cerita2 yg dirasakan sensasi...kadang2 sampai x masuk akal dn cerita yang sedia ada,sengaja ditokok tambah sebab nak sedapkan cerita..hmm..dah lumrah macm tu ye???apa2 pun credit jugak untuk media yang memberi berita positif yg boleh naikkan semangat pemain2 dn penyokong sendiri...that's how it should be!!

Safee sali 

Khairul Fahmi

Apa2 pun..itu semua halangan2 untuk berjaya..biasalah..hero kan kalah dulu..;)..hehe..so,memang safee sali deserve to get best sorer tittle with 5 score overall..and khairul fahmi was d best goalkeeper ever..banyak selamatkan gawang Malaysia....dan jugak rajagopal n semua pemain2 and the team overall..kalau x semua kerjasama,tentu susah right??hopefully this is the starting untuk kebangkitan bola sepak d Malaysia..sama2 kita doakan..majulah sukan untuk negara..(waahh,macam pengulas sukan pulak..hehe)...SAYA ANAK MALAYSIA!!!

Sunday, December 26, 2010

MeNJenGah RumAh..=)


Bismillahirrahmanirrahim...segala puji-pujian kpd Allah s.w.t sbb masih beri kudrat pada hambaNYA yg serba lemah nie...Assalamualaikum..salam tgh malam..hehe..dah masuk hari ahad sebenarnya,26/12/2010..hmm..ingat nak tulis panjang2..tp tiba2 mata nie mcm mengantuk saje..huhu..apa khabar anda yg membaca???harap2 kita sama2 dibawah keredhaan-NYA...=)..hmm..ye,memang sy mengantuk..mungkin esok sy buat post baru lagi(yg lebih bermanfaat..;)..till then,gd nyte semua (yg baru nk tidur mcm saya nie..huhu)...Wassalam..

Saturday, December 18, 2010

jOm BerKenaLan dEngan DirI kitA...(pArt 3)

MEI


Keras hati & degil. Kuat semangat & bermotivasi tinggi. Pemikiran yang tajam. Mudah marah apabila tidak dikawal. Pandai menarik hati & perhatian orang lain . Perasaan yang amat mendalam. Cantik dari segi mental & fizikal. Tidak perlu dimotivasikan. Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain. Mudah dipujuk. Bersikap sistematik (otak kiri). Suka berangan. Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu. Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit. Daya khayalan yang tinggi. Permikiran yang tajam. Pandai berdebat. Fizikal yang baik. Kelemahan sistem pernafasan. Suka sastera, seni & muzik serta melancong. Tidak berapa suka duduk di rumah. Tidak boleh duduk diam. Tidak punya ramai anak. Rajin dan bersemangat tinggi. Agak boros.




JUN

Berfikiran jauh & berwawasan. Mudah ditawan kerana sikap baik. Berperangai lemah lembut. Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood. Idea yang terlalu banyak di kepala. Bersikap sensitif. Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir). Sukar melakukan sesuatu dengan segera. Bersikap suka menangguh-nangguh. Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik. Cepat marah & cepat sejuk. Suka bercakap & berdebat. Suka buat lawak & bergurau. Otaknya cerdas berangan-angan. Mudah berkawan & pandai berkawan. Orang yang sangat tertib. Pandai mempamerkan sikap. Mudah kecil hati. Mudah kena selsema. Suka berkemas. Cepat rasa bosan. Sikap terlalu memilih & cerewet. Kurang mempamerkan perasaan. Lambat untuk sembuh apabila terluka hati. Suka pada barang yang berjenama. Mudah menjadi eksekutif. Kedegilan yang tidak terkawal. Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

Wednesday, December 8, 2010

jOm BerKenaLan dEngan DirI kitA...(paRt 2)

Assalamualaikum..salam sejahtera semua...ini sambungan entri yg lepas pasal keperibadian mengikut bulan kelahiran ye...ini merupakan hasil kajian Dr Fadzillah Kamsah..hmm,kali nie saya paparkan untuk bulan mac dan april pula...jom sama2 kita lebih kenal diri sendiri..mungkin boleh jadi pembakar semangat ntuk lebih success???
MAC
Berpesonaliti menarik dan menawan. Mudah didampingi. Sangat pemalu dan pemendam rasa. Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati. Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran. Suka pada kedamaian. Sangat peka pada orang lain. Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain. Tidak cepat marah dan sangat amanah. Tahu membalas dan mengenang budi. Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam. Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal. Suka berangan-angan. Suka melancong. Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi. Kelam kabut dalam memilih pasangan. Suka dengan hiasan rumahtangga. Punya bakat seni dalalm bidang muzik. Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik. Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan




APRIL

Sangat aktif dan dinamik. Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal. Sangat menarik dan pandai menjaga diri. Punya daya mental yang sangat kuat. Suka diberi perhatian. Sangat diplomatik (pandai memujuk ). Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang. Sangat berani dan tiada perasaan takut. Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah. Emosi cepat terusik. Cuba kawal perasaan. Kecenderungan bersifat pendendam. Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan. Kuat daya ingatan. Gerak hati yang sangat kuat. Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain. Berpenyakit disekitar kepala dan dada. Sangat cemburu dan terlalu cemburu


yang baik drp Allah,yang buruk juga dari Allah disadarkan atas kelemahan saya sendiri..sekadar perkongsian bersama..Wassalam...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...