teringat lagi kata2 kak cat "sesungguhnya bukan mata yang buta,tapi hati di dalam yang gelap"....betul sangatlah tu..kadang2 kita tahu tentang sesuatu perkara tu,tapi hati bila dah penuh dengan tompokan hitam,selalu menghalang kepada kebaikan.....
seperti yang kita sedia maklum,kak cat memang seorang wanita yang cantik...berdarah kacukan scotland-melayu...dan wanita dengan kecantikan memang tak dapat dipisahkan!!...dibesarkan dalam keluarga yg mementingkan pendidikan agama, kak cat mengaku bahawa dia semakin jauh dengan Allah bila masuk dalam dunia penuh glamour...!!..kata kak cat " bila seorang wanita terlalu obses membuat perkara untuk kecantikan, maka dia akan rasa liat untuk beribadah"....hmmmm..betul jugak tu,bayangkan bila seorang wanita berusaha utk kecantikan dia,contohnya pakai 'hair extention'...hair extention nie ada dua,satu yg sintetik dan satu lagi original (maknanya 'bangkai' rambut orang lain)..dan bak kata kak cat,nak pakai hair extention nie ambil masa lama....agak2,sanggup ke ambik masa lama nak pakai,lepas tu senang2 je nak buka bila nak solat..udohle pakai 'bangkai'..jadi ke mana solat kita????
macam mana kak cat boleh berubah seperti yg kita nampak sekarang nie??panjaaaang ceritanya..cukuplah saya bgtahu bahawa hidayah itu milik Allah...dan Dia berhak memberikan kepada sesiapapun...dan boleh dikatakan kejadian accident yg kak cat alami,sbgai pemulaan perubahan tu....bayangkan,accident yg teruk,sampai doktor sahkan kak cat dah tak boleh berjalan,dan melahirkan anak....tapi kuasa Allah tu hebat...tak lama..kak cat boleh berjalan mcm biasa,lepas tu disahkan hamil n selamat melahirkan anak pulak...Subhanallah!!
kereta kak cat lepas accident...sumber gambar dari teratakburukzam.blogspot
gambar dari saadabiwaqqas.blogspot
lepas tu,kak cat selalu fikir ttg kewajiban dia sebagai seorang wanita Islam...sehinggakan dia kata "kak cat rasa seolah-oleh berbogel bila tidak memakai tudung keluar dari rumah".....dan akhirnya,kak cat memakai tudung..pertama kali memakai tudung,tanpa paksaan sesiapa..kak cat terasa terlalu sebak..katanya "bayangkan kamu seorang anak yatim yg sebak pada pagi raya,gandakan sebak kak cat 20-30 kali lebih daripada itu..."....dan Alhamdulillah,suami kak cat menerima baik perubahan dia...=)
ok lah...itu je kot yg saya ingat...nak cerita leih2 pun takut jugak..takut tersalah cerita pulak...apa2 pun kita ambik yg baik sbgai pengajaran drp orang2 yg Allah pilih utk diberikan hidayahNya...satu lagi pesan kak cat.."hati kita nie sentiasa berbolak balik,bila berubah,perlu istiqamah..kalau ada yang tak suka,jgn ambill hati sbb kita hidup nie utk cari redha Allah,bukan redha manusia"....~
sempat tangkap gambar dgn kak cat..=)