Sunday, September 16, 2012

Aku Anak Banjar~


Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum...=D


Wadai kiping kalakatar,

Gegantas balungan hayam,
Kad raya kulir diantar,
Sms gin jadiam.


Tulak ka kadai tahaga kulaan,
Bertapeh hanyar kada bagigi,
Jom pang kita barilaan,
Kulukok kada tahaga lagik.


haaaaa..amacam???boleh faham tak pantun dekat atas tu???kalau nak tahu,nie salah satu pantun yang gunakan bahasa banjar...banjar ni apa?datang dari mana?sama macam jawa ke??haaa..banyak kan soalan..jom tengok sikit2 info pasal banjar dan orang-orang banjar..=)

1. Asal Usul


Orang Banjar adalah tergolong dalam rumpun bangsa Melayu, walaupun begitu, tidak banyak yang diketahui tentang masyarakat ini. Keadaan ini agak berbeza dengan orang Jawa yang lebih dikenali walaupun kedua-dua masyarakat ini mempunyai latar belakang penghijrahan yang hampir sama dan berasal dari negara yang sama iaitu Indonesia.Orang Banjar yang datang ke Tanah Melayu adalah berasal dari Kalimantan, Indonesia. Daerah yang paling ramai terdapat etnik Banjar di Malaysia adalah daerah Kerian di Negeri Perak Darul Ridzuan.


2. Pegangan


Dari segi agama, boleh dikatakan semua orang Banjar memeluk agama Islam dan mereka pada umumnya ialah orang yang taat menjalankan perintah agamanya. Beberapa ulama terkenal nusantara adalah terdiri dari orang Banjar.  Antara ulama terkenal di Malaysia

  1. Syekh Syihabuddin al-Banjari
  2. Tuan Guru Muhammad Saman Bin Muhammad (1922-1995) Ustadz Mat Saman Kati, ulama tasawuf dari Perak, Malaysia
  3. Dato Ishak Baharom, mantan mufti negeri Selangor.
  4. Syekh Husein Kedah Al Banjari, mantan mufti negeri Kedah

Kesan lain yangdapat diperhatikan dan masih kekal sehingga kini ialah terdapat banyak sekali sekolah-sekolah agama rakyat, madrasah mahupun pondok-pondok dikawasan-kawasan yang majoriti penduduknya orang Banjarseperti di daerah Kerian, Perak mahupun di daerah Sabak Bernam,Selangor.

Masjid Tinggi
Masjid ini telah dibina pada awal tahun 1900. Menurut rakyat tempatan, masjid ini asalnya adalah sebuah surau yang telah dibina oleh orang-orang Banjar yang berhijrah ke kawasan Kuala Kurau/Masjid Tinggi. Mereka dikatakan dibawa masuk dari Sumatera & Jambi, Indonesia pada tahun 1850-1860. 



3. Berani

Salah satu sifat yang agak ketara terdapat dalam masyarakat Banjar ialah bersifat berani dan pemanas. Masyarakat ini pantang dicabar dan bersifat panas baran. Penggunaan senjata seperti pisau (biasanyadisebut lading), parang panjang atau badik (sejenis pisau juga), tidak asing lagi bagi mereka terutama ketika berlaku pergaduhan. Dipercayai juga setiap keluarga orang Banjar pasti menyimpan sebilah parang panjang di rumah masing-masing untuk menjaga keselamatan mereka. Mereka suka menuntut ilmu-ilmupersilatan daripada pendekar-pendekar tempatan mahupun luar. Keadaan ini terbawa-bawa dan akhirnya telah menjadi sifat dan perangai mereka sehingga sekarang.



atas nie gambar abang teman....terlebih berani orangnya..hehehe..;)

4. Ciri fizikal

- Berkulit putih / cerah.
- Bermata sepet
- Seperti kacukan cina tetapi tidak jauh bezanya dengan Melayu



Nenek dengan mak teman..=)


Ini teman dengan mak uda teman.=)


yang ini anak buah teman..=)







atas nie semua sepupu-sepapat teman...serupa kan???huhu


wadai kipeng


bingka...both contoh makanan2 tradisi orang banjar..


busana perkahwinan orang banjar...amacam,ada berani pakai masa kawin??hoho

oklah...cukup sikit2 info pasal kaum banjar...errr..mungkin lebih gambar dari info..hehe..abah dengan mak teman dua-dua banjar pure...so,automatically teman pun banjar jugak le..fizikal macam banjar dah,cuma cakap je yang tak berapa banjar..hoho..dengar faham,nak cakap x pandai...(sikit2 boleh la)..

dulu-dulu kalau ada orang tegur / tanya yang teman nie ada kacukan cina ke (yang teruk lagi kata teman orang sabah dengan orang vietnam..cehh)..teman pun confuse..setahu teman tak de pulak...nenek teman datang nun dari indonesia..bila dah cari2..baru la teman tau yang orang banjar nie mmg iras2 cina gitu..hehe..#okay,teman memang bukan orang tanah melayu sejati..;P

Credits kepada blog2 di bawah : 


psssssst : teman berbangga nak kabor teman nie anak banjar..huhu...nama handphone teman pun 'Aku Anak Banjar'.....=D

Monday, September 3, 2012

8 fakta kenapa mengaji di rumah saya fun!!!..=)

Assalamualaikum....x mau intro panjang2..nah, 8 fakta kenapa mengaji dekat rumah saya fun!! (actually,yang nombor 6 tu je sebabnya,yang lain cerita2 sampingan..hahaha)....mari mengimbas memori~


1. Budak2 yang datang mengaji ada ramai...ada lebih kurang 20 ++,daripada sekecik 5 tahun sampailah yg dah sekolah menengah.Depa nie anak2 jiran sekampung..ada jugak anak2 cikgu & pegawai felda besout 4 nie..


2. Walaupun ramai dan tukang ajar tetapnye ada 2 orang aje (mak dengan abah),tapi kami ajar seorang demi seorang,bukan 4-5 orang dalam kumpulan..=)...tak kisah la hang dah lancar ke,merangkak-rangkak ke...sama je...



this is what we called 'beranda'....its a semi-outdoor punya ruang...so,kalau nak bising2,main2..dok dekat beranda..time mengaji,masuk dalam rumah..hehe..;)

3. Mak &abah volunteered mengajar,bukan ambil upah. Mula2 dengan jiran2 sebelah rumah,lama2 ramai pulak...huhu..kalau nak diikutkan,dah lebih kurang 20 tahun agaknya,kami ajar budak2 mengaji...dari zaman abang2 saya kecik lagi...


4. Kami adik-beradik memang ditugaskan untuk tolong mak abah mengajar bila ada dekat rumah...saya khatam Al-Quran masa umur 10 tahun..darjah 4 masa tu...jadi,saya dah start ajar budak2 lain masa darjah 6...=)...masa kecik2 dulu ajar biasa la,tapi sekarang..saya tukang ajar yang garang!!!.hahaha...pantang saya kalau saya tengah ajar,mata orang yg belajar tu melilau tengok tempat lain...serupa x focus la...siap la kena marah..haha..ada yang sampai menangis tahu??





5. Layanan masa mengaji,x kira kita nie anak jiran ke,anak cikgu ke,anak pegawai ke,anak sendiri ke...semuanya sama!!..malah,kami yang tuan rumah nie lebih teruk lagi...kalau budak2 menangis kena marah dengan saya,saya pun pernah menangis kena marah masa mengaji dengan mak,abah atau abang2 saya...depa garang tau...siap bawak rotan lagi!!...kalau budak2 mengaji seorang sehelai,saya mengaji 2 helai..kalau budak2 mengaji waktu malam saja,saya mengaji...petang dan malam...sebab tu la saya khatam Quran awal..=)



6. Waktu mengaji adalah waktu yang super FUN!!!...tak percaya??haha..tanyalah sapa2 yang pernah mengaji dekat rumah saya zaman2 akhir 90-an....macam yang saya kata tadi,kami mengaji seorang demi seorang,jadi  ikut turn..sapa sampai dulu,mengaji dulu....sementara nak tunggu turn masing2 ataupun dah habis mengaji..haaa...time ni la paling fun..hehe...macam2 permainan kami main,main tepuk kad,main tudung botol,batu seremban,dll.....tunggu lama2 pun x terasa sebab syok sangat main wooo..walaupun kami main dekat beranda (yg mengaji dalam rumah),memang bising la..kadang2 kena marah gak dengan mak & abah,tapi biasalah..yang kena marah tu lah yang best!!..kan??..;D





7. Bila sapa2 yang dah sampai juzuk 15,kami akan buat bacaan doa selamat,depa akan bawak la pulut kuning,rendang ayam dll..abah akan baca doa selamat sikit & kami akan makan ramai2 lepas semua dah siap mengaji.....=)



8. Masa dulu,hujan ke,tak ada elektrik ke..mengaji tetap mengaji...kalau masa mengaji tiba2 tak ada elektrik,kami akan pasang lilin atau pelita minyak tanah..rasalah macam zaman2 tok nenek dulu tak ada elektrik.hehe..;)



Zaman dah berubah,sekarang nie tinggal beberapa orang je yang mengaji dekat rumah,mak abah pun dah x larat nak ajar ramai,anak2 pun dah x ramai yang ada dekat rumah yang boleh tolong ajar...sekarang nie,budak2 datang,duduk tunggu giliran,belajar,lepas tu terus balik....dah tak fun macam dulu,dah tak riuh rendah macam dulu...tapi,tanggungjawab untuk ajar anak2 kecil nie ilmu Al-Quran tetap kena jalan,kalau x bukan kita yang nak ajar,sapa lagi???


psssst : nanti bila dah ada keluarga sendiri,kalau boleh nak ajar sendiri anak2 mengaji Quran...=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...