Sunday, October 6, 2013

hujung minggu, assignment, konvo~



gambar desktop laptop aku...penuh dengan sticky notes =P

Ahad, 6 oktober 2013

rasa macam semalam dah ahad..huhu...sebabnya, hari khamis & jumaat xde class, so rasa lama pulak...

semalam dengan hari ni, UMP meriah dengan majlis konvokesyen ke-8...

syokknya, tengok senior2 yg dah sarung jubah masing2.....aiiii,nie yg x sabar2 ni...setahun lagi..InsyaAllah =)

semester ni class dah x banyak...tapi kerja..BANYAK sangat!! xpe...itu semua dugaan...road to convocation 2014...... chaiyok2 hanizah!!!

pssssssssssssst : pencil box aku hilang dekat blok w, tertinggal masa class bionanotechnology...cari balik dah xde...arghhhhh.... ;(


Sunday, August 4, 2013

Puasa anak perantau


Assalamualaikum...just nak share pengalaman berpuasa sebagai anak perantau (takde la perantau sangat pun..haha...tapi yang pasti bukannya puasa di rumah bersama family macam orang lain)

1. Bersederhana
  
Nama pun dekat rumah, kalau buka puasa mesti 'meriah' dengan makanan punya....kalau duduk dekat hostel ni, makanan buka puasa pun ala kadar je...yang penting ada kurma, nasi, lauk dengan air...dekat sebulan puasa dekat UMP ni, ada la 2-3 kali je ada beli kuih selain nasi utk berbuka..bajet sehari utk berbuka dalam RM 5 je...maklumlah, pakai duit sendiri ni kena jimat sikit...hehe..

2. Sahur

Sahur dekat rumah, mesti makan nasi...dekat hostel ni bangun masak air, pastu sahur air milo panas / horlick dengan biskut aje..kadang2 makan roti...tapi ok la..tahan je sampai buka puasa...dan Alhamdulillah, ada jugak makanan =)

3. Masa 

Berpuasa dekat UMP nie, boleh kata tak terasa sangat lapar dia...maklumlah...pagi2 dah bangun pegi lab, petang pukul 5 baru balik hostel...lab pulak ber 'air-cond'...sejuk gila..sampai x terasa haus/lapar..hehe...lepas tu hari2 rasa cepat je berlalu... hari2 rutin sama je....sampai hari apa pun dah tak ingat..hmmmm..tahu2 je dah sebulan lebih masuk lab '-.-



4. Internet

Internet baiiiik punya laju..haha...student2 lain tengah cuti, rileks je tengok youtube / movie online tanpa buffering....download pun sekejap je....punyalah best!! ;)

5. Iftar

Iftar / berbuka puasa sangat best kalau beramai2 dengan kawan2 ataupun di'taja'. tahun nie kira last la buka puasa dengan kawan2 dekat padang MPK (tempat lain xde macam ni)



psssssssst : puasa di mana2 pun sama je secara teknikalnya, cuma kalau puasa bukan dekat rumah nie, kita lebih independant dan bersederhana sikit...yang penting hikmah Ramadhan tu sampai dan bukannya jadi Ramadhan yang sisa-sia =)

Saturday, August 3, 2013

aku dan UMP (Salam Aidilfitri 2013)



Assalamualaikum..guten tag!!

esok dah nak balik perak...selamat tinggal UMP..hohoho

lega + happy rasanya semalam bila dah keluar lab....rasa hilang beban dekat kepala sikit..hihi

rasanya lagi happy daripada dapat result hari khamis tu..( Alhamdulillah, result sem lepas the best result for past 3 years dekat UMP )...haaaa..tak terkata dia punya happy.... ;)

sedar tak sedar dah sebulan lebih duduk UMP time orang lain semua cuti semester 3 bulan....sekelip mata je...datang dulu tak ramai orang, nie dah nak balik pun mmg dah xde orang dekat UMP ni...

punyalah sayang aku dekat UMP nie... =P

semua orang pulak asyik tanya je .... "awak tak balik raya ke?", "bila nak balik ni?"..blablabla...

tak apa...aku kan gadis tabah lagi independant...2 tahun lepas subuh raya haji baru aku sampai rumah, naik bas dr kuantan...rileks je....haha (dalam hati sodih la jugak siiiikittt)

okay...itu je...SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2013. MAAF ZAHIR DAN BATIN =)




Saturday, July 13, 2013

Paper Quilling ~

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum w.b.t, guten tag.

Lamaaaaaaaaa gila tak update blog......dulu nak update,busy...bila ada masa,malas la pulak..haha...teruk betul.. =P

banyaaaaaaaak sangat benda nak cerita...x tau nak mula mana satu nie..huhu...

hari nie dah hari ke-4 umat Islam berpuasa.... dan aku dengan sadisnya menyambut Ramadhan yang mulia ni di UMP terchinta... dekat2 raya karang baru balik..sobss...sobss..sobs.. ;(

so, disebabkan agak banyak masa lapang (sambil2 masuk lab dan berprogram), aku bercadang untuk membuat kad raya sendiri dan mengepos kepada kawan2 terchinta...haha...mood rajin datang kot ;)

so,sebelum buat...aku google2 la sikit contoh2 kad raya DIY yg ada.....dan, jeng jeng jeng...

aku dah jatuh cinta pandang pertama !!!

bukan pada orang..tapi pada seni paper quilling nama dia =)

so,lepas tengok satu dua video tutorial...tangan aku pun rasa gatal2,meggeletar nak buat sendiri nie....padahal bahan apa pun x dak....tapi menggunakan otak aku yg kadang2 kreatif nie...inilah hasilnya.......


bagi aku,ok la...untuk beginner mcm aku nie..kekeke... dan kalau nk tau, orang buat paper quilling pakai kertas keras sikit..at least kertas A4, aku bantai pakai surat khabar je (habis berlobang-lobang part iklan yang berwarna-warni tu..haha)....gulung pun pakai jarum ngan jari je....pastu tampal atas tisu je.. haaa..datang lagi mood tgh2 malam...apa bahan pun xde....


gambar atas nie contoh paper quilling yang sebenarnya.... =)

macam-macam bentuk lagi boleh buat sebenarnya....nanti aku belajar lagi bagi terer....pastu nantikan kemunculan kad raya buatan aku sendiri yang terhangat di pasaran =)

sekian, Tchuss~

psssssst : selamat berbuka pose bagi yang berpuasa =)



Sunday, March 10, 2013

hari ahad hari mengemas ;)


Alhamdulillah.....

dah siap basuh baju....

dah siap gosok baju kurung + tudung utk pegi class (stock 2 minggu)..hehe

dah siap sapu sampah dekat bilik......

legaaaaaa rasanya... =)

psssssssst : tak ada mood nak buat assignment/study...mari beriadah petang nie!!!

Friday, March 1, 2013


how i wish i can talk to you like ur close friends

how i wish i can say hi to you without feeling chary

how i wish i can share story with you

how i wish i can say I LOVE YOU~

Friday, February 15, 2013

AKTIVITI SAYA SEMASA CUTI SEMESTER (dah bunyi mcm tajuk karangan sekolah rendah pulak..huh)

Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum, guten abend semua..hihi...dah nak habis cuti (lusa dah nak balik ump) baru nak update blog daaa...habis tu selama cuti nie ekau buat apa ha??? #pengsan

cuti sem sebulan nie dipenuhkan dengan aktiviti2 yang hmmmm...bolehlah~ tengah hari masak,lepas tu amik anak buah balik sekolah,petang jaga anak buah umur 2 tahun yang manja nak dilayan aje..huhu...petang sikit tolong kemas barang2 kedai makan abang,lepas maghrib tolong ajar bebudak mengaji..lepas tu tgk tv,online....begitulah sehari2 selama sebulan nie....adalah kadang2 kemas rumah,mengecat rumah,pergi kenduri kahwin...bukan kadang2...selalu !!!...mak saya cakap,kalau x pergi kenduri org jemput,nanti time kita kenduri pulak...xde sapa nak datang....hmmmm...mungkin la~


ini je lah sekali dapat jumpa,ber'gossip' dengan geng 5..haha...harap je semua cuti sem sama-sama...nak jumpa kemain susah...kena buat appointment awal2 dulu baru jadi...


inilah dia...budak yg disebut-sebutkan..hoho..amira batrisya....hai...dah la susah nak makan nasi,asyik nak main angry bird aje...tak bagi,menangis pulak..haha...maklumlah...dah pandai dah..pandai berlari pandai bercakap sikit2, pandai panggil 'mak chik...oooo..mak chik'..hehe

psssssst : cuti lama..'kerja sekolah' tak siap lagi...macam mana niiiiiiiiiii????????




Friday, February 1, 2013

Tips Mendidik Anak Degil

Komunikasi Unggul 

 Ramai ibu bapa yang menganggap disiplin anak-anak akan dibentuk melalui kekerasan. Hakikat sebenarnya; peribadi mulia anak-anak akan wujud hasil daripada komunikasi unggul antara ibu bapa dan anak. Ibu bapa perlu sentiasa berdampingan dengan anak-anak, bercakap dengan mereka, mengambil berat mengenai setiap kehendak mereka dan jangan sampai anak-anak merasakan mereka tersisih. Sikap degil dan keras kepala si anak boleh wujud hasil daripada rasa tidak puas hati yang wujud dalam diri anak tersebut. Mereka bersikap degil sebagai tanda protes dan memberontak agar mereka diberi perhatian.

Anak perlukan kasih sayang dan belaian. Manjakan anak-anak tetapi jangan berlebihan. Belajar untuk katakan tidak bila perlu dan tepat pada masa dan keadaannya. Jika anak bersalah, jangan terus menengking marah. Praktikkan untuk menegur terlebih dahulu, jelaskan kesilapannya dan pesankan; jangan ulangi kesilapan tersebut. Pakar psikologi menjelaskan; seorang anak kecil perlu ditegur dan diperingatkan mengenai sesuatu perkara sekurang-kurangnya 200 kali. Selepas 200 kali teguran diberi, barulah anak tersebut boleh dimarahi.

Marah yang berpada-pada; jangan gunakan kata-kata kesat dan keras. Jiwa anak-anak terlalu lembut, mudah untuk mengingati sesuatu yang melukakan hati dan terlalu payah untuk melupakannya malah banyak kes; segala keperitan dan kepedihan yang dialami tika kecil akan diingati hingga dewasa malah paling membimbangkan; sikap tersebut diwarisi kepada anak-anaknya pula.

 Jangan biasakan memukul anak hanya kerana perkara kecil. Pukulan hanya langkah terakhir apabila teguran berulang kali diberikan dan pemulauan anak-anak dilaksanakan. Pemulauan bermaksud; pinggirkan anak tersebut seketika; tak dilayan kehendaknya, tak dibawa bersembang sama; sebagai menjelaskan anda merajuk hati dengan sikap tidak pedulinya dengan teguran anda.

Setelah teguran diberi, pemulauan dilakukan barulah pukulan boleh dilaksanakan. Itupun hanya dengan tujuan mengajar; gunakan rotan yang sederhana, tidak terlalu besar dan tidak pula terlalu kecil. Pukulan diberikan dengan keadaan lengan rapat ke tubuh dan dihayun rotan tersebut ke bahagian tubuh yang terlindung. Tempat terbaik ialah di tapak kaki. Untuk makluman; pakar kesihatan mengakui, pukulan di tapak kaki membantu pengaliran darah yang sudah semestinya baik untuk kesihatan.

Teladan yang baik 

Ramai ibu bapa yang bersikap seperti ketam; menyuruh si anak berjalan betul tetapi diri sendiri gagal berjalan betul. Ibu bapa sepatutnya bersikap “Walk your talk!”- tunjukkan sikap yang baik untuk anak-anak agar anak-anak boleh teladani sikap tersebut. Jika tak suka anak-anak lewat mandi, ibu bapa seharusnya mandi awal pagi. Jika tak suka anak-anak bercakap keras dan kasar, ibu bapa perlu bercakap baik dan berhikmah.

Jangan sesekali kelirukan anak-anak dengan arahan. Sebagai contoh; si ibu menegur kesilapan si anak tetapi si bapa pula memarahi si ibu. Anak akan keliru, mana satu yang betul sebenarnya? Sama juga; jangan tonjolkan sikap buruk yang telah menjadi tabiat anda kepada anak-anak. Anda tentu tahu, anak anda diajar di sekolah merokok itu tidak elok untuk kesihatan. Jika anda merokok di depan anak, mereka akan keliru dengan ajaran guru, sekaligus tidak hormatkan guru dan lebih sadis apabila mereka gagal untuk hormati anda sebagai ibu atau bapa. Penting; jika ada perselisihan faham antara anda dan pasangan anda, elakkan bermasam muka atau bertengkar di hadapan anak. Sikap keras anda akan mudah diteladani oleh mereka.

Utamakan solat dan berdoa 

Sebagai individu Muslim, anda perlu mendidik agar anak anda mengutamakan solat lima waktu. Solat bukan semata-mata tanda syukur kepada Allah atau ibadat kepada-Nya sebaliknya solat adalah sebagai satu pembentukan akhlak dan disiplin yang baik. Ajar anak-anak mengaji Muqaddam atau al-Quran sejak mula, boleh diajar tika anak sudah mula berkata-kata. Ajarkan anak solat, biar tidak betul pergerakannya, pembentukan sejak usia muda akan membentuk kebiasaan agar solat bukan lagi menjadi satu bebanan. Jiwa yang menghayati solat akan terhindar daripada perkara tidak baik seterusnya melahirkan akhlak yang terpuji, insyaAllah! Sebagai ibu bapa; sentiasa praktikkan untuk mendoakan yang terbaik untuk anak-anak. Jangan biasakan kata-kata kesat dan negatif kerana ia mudah menjadi doa untuk anak anda.

credits to http://niezapunyablog.blogspot.com/2012/05/berhemah-dalam-mendidik-anak-degil.html

pssst : walaupun cheq tak kawen lagi,tak dak anak lagi..tapi cheq rasa terpanggil nak share benda2 mcm nie....cheq sedih tengok mak bapak / penjaga budak2 nie dok marah melulu...nak suruh macam nak memerintah dan tak nak bersembang dengar isi hati budak2 nie...kita nie bukan tau apa ada dlm hati depa...zaman sekarang dah tak macam dulu...bukan semua masih releven utk dibanding bandingkan.......depa pun ada hati..jgn asyik ingat kita yang betui~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...