Friday, February 15, 2013

AKTIVITI SAYA SEMASA CUTI SEMESTER (dah bunyi mcm tajuk karangan sekolah rendah pulak..huh)

Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum, guten abend semua..hihi...dah nak habis cuti (lusa dah nak balik ump) baru nak update blog daaa...habis tu selama cuti nie ekau buat apa ha??? #pengsan

cuti sem sebulan nie dipenuhkan dengan aktiviti2 yang hmmmm...bolehlah~ tengah hari masak,lepas tu amik anak buah balik sekolah,petang jaga anak buah umur 2 tahun yang manja nak dilayan aje..huhu...petang sikit tolong kemas barang2 kedai makan abang,lepas maghrib tolong ajar bebudak mengaji..lepas tu tgk tv,online....begitulah sehari2 selama sebulan nie....adalah kadang2 kemas rumah,mengecat rumah,pergi kenduri kahwin...bukan kadang2...selalu !!!...mak saya cakap,kalau x pergi kenduri org jemput,nanti time kita kenduri pulak...xde sapa nak datang....hmmmm...mungkin la~


ini je lah sekali dapat jumpa,ber'gossip' dengan geng 5..haha...harap je semua cuti sem sama-sama...nak jumpa kemain susah...kena buat appointment awal2 dulu baru jadi...


inilah dia...budak yg disebut-sebutkan..hoho..amira batrisya....hai...dah la susah nak makan nasi,asyik nak main angry bird aje...tak bagi,menangis pulak..haha...maklumlah...dah pandai dah..pandai berlari pandai bercakap sikit2, pandai panggil 'mak chik...oooo..mak chik'..hehe

psssssst : cuti lama..'kerja sekolah' tak siap lagi...macam mana niiiiiiiiiii????????




Friday, February 1, 2013

Tips Mendidik Anak Degil

Komunikasi Unggul 

 Ramai ibu bapa yang menganggap disiplin anak-anak akan dibentuk melalui kekerasan. Hakikat sebenarnya; peribadi mulia anak-anak akan wujud hasil daripada komunikasi unggul antara ibu bapa dan anak. Ibu bapa perlu sentiasa berdampingan dengan anak-anak, bercakap dengan mereka, mengambil berat mengenai setiap kehendak mereka dan jangan sampai anak-anak merasakan mereka tersisih. Sikap degil dan keras kepala si anak boleh wujud hasil daripada rasa tidak puas hati yang wujud dalam diri anak tersebut. Mereka bersikap degil sebagai tanda protes dan memberontak agar mereka diberi perhatian.

Anak perlukan kasih sayang dan belaian. Manjakan anak-anak tetapi jangan berlebihan. Belajar untuk katakan tidak bila perlu dan tepat pada masa dan keadaannya. Jika anak bersalah, jangan terus menengking marah. Praktikkan untuk menegur terlebih dahulu, jelaskan kesilapannya dan pesankan; jangan ulangi kesilapan tersebut. Pakar psikologi menjelaskan; seorang anak kecil perlu ditegur dan diperingatkan mengenai sesuatu perkara sekurang-kurangnya 200 kali. Selepas 200 kali teguran diberi, barulah anak tersebut boleh dimarahi.

Marah yang berpada-pada; jangan gunakan kata-kata kesat dan keras. Jiwa anak-anak terlalu lembut, mudah untuk mengingati sesuatu yang melukakan hati dan terlalu payah untuk melupakannya malah banyak kes; segala keperitan dan kepedihan yang dialami tika kecil akan diingati hingga dewasa malah paling membimbangkan; sikap tersebut diwarisi kepada anak-anaknya pula.

 Jangan biasakan memukul anak hanya kerana perkara kecil. Pukulan hanya langkah terakhir apabila teguran berulang kali diberikan dan pemulauan anak-anak dilaksanakan. Pemulauan bermaksud; pinggirkan anak tersebut seketika; tak dilayan kehendaknya, tak dibawa bersembang sama; sebagai menjelaskan anda merajuk hati dengan sikap tidak pedulinya dengan teguran anda.

Setelah teguran diberi, pemulauan dilakukan barulah pukulan boleh dilaksanakan. Itupun hanya dengan tujuan mengajar; gunakan rotan yang sederhana, tidak terlalu besar dan tidak pula terlalu kecil. Pukulan diberikan dengan keadaan lengan rapat ke tubuh dan dihayun rotan tersebut ke bahagian tubuh yang terlindung. Tempat terbaik ialah di tapak kaki. Untuk makluman; pakar kesihatan mengakui, pukulan di tapak kaki membantu pengaliran darah yang sudah semestinya baik untuk kesihatan.

Teladan yang baik 

Ramai ibu bapa yang bersikap seperti ketam; menyuruh si anak berjalan betul tetapi diri sendiri gagal berjalan betul. Ibu bapa sepatutnya bersikap “Walk your talk!”- tunjukkan sikap yang baik untuk anak-anak agar anak-anak boleh teladani sikap tersebut. Jika tak suka anak-anak lewat mandi, ibu bapa seharusnya mandi awal pagi. Jika tak suka anak-anak bercakap keras dan kasar, ibu bapa perlu bercakap baik dan berhikmah.

Jangan sesekali kelirukan anak-anak dengan arahan. Sebagai contoh; si ibu menegur kesilapan si anak tetapi si bapa pula memarahi si ibu. Anak akan keliru, mana satu yang betul sebenarnya? Sama juga; jangan tonjolkan sikap buruk yang telah menjadi tabiat anda kepada anak-anak. Anda tentu tahu, anak anda diajar di sekolah merokok itu tidak elok untuk kesihatan. Jika anda merokok di depan anak, mereka akan keliru dengan ajaran guru, sekaligus tidak hormatkan guru dan lebih sadis apabila mereka gagal untuk hormati anda sebagai ibu atau bapa. Penting; jika ada perselisihan faham antara anda dan pasangan anda, elakkan bermasam muka atau bertengkar di hadapan anak. Sikap keras anda akan mudah diteladani oleh mereka.

Utamakan solat dan berdoa 

Sebagai individu Muslim, anda perlu mendidik agar anak anda mengutamakan solat lima waktu. Solat bukan semata-mata tanda syukur kepada Allah atau ibadat kepada-Nya sebaliknya solat adalah sebagai satu pembentukan akhlak dan disiplin yang baik. Ajar anak-anak mengaji Muqaddam atau al-Quran sejak mula, boleh diajar tika anak sudah mula berkata-kata. Ajarkan anak solat, biar tidak betul pergerakannya, pembentukan sejak usia muda akan membentuk kebiasaan agar solat bukan lagi menjadi satu bebanan. Jiwa yang menghayati solat akan terhindar daripada perkara tidak baik seterusnya melahirkan akhlak yang terpuji, insyaAllah! Sebagai ibu bapa; sentiasa praktikkan untuk mendoakan yang terbaik untuk anak-anak. Jangan biasakan kata-kata kesat dan negatif kerana ia mudah menjadi doa untuk anak anda.

credits to http://niezapunyablog.blogspot.com/2012/05/berhemah-dalam-mendidik-anak-degil.html

pssst : walaupun cheq tak kawen lagi,tak dak anak lagi..tapi cheq rasa terpanggil nak share benda2 mcm nie....cheq sedih tengok mak bapak / penjaga budak2 nie dok marah melulu...nak suruh macam nak memerintah dan tak nak bersembang dengar isi hati budak2 nie...kita nie bukan tau apa ada dlm hati depa...zaman sekarang dah tak macam dulu...bukan semua masih releven utk dibanding bandingkan.......depa pun ada hati..jgn asyik ingat kita yang betui~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...