Friday, February 15, 2013

AKTIVITI SAYA SEMASA CUTI SEMESTER (dah bunyi mcm tajuk karangan sekolah rendah pulak..huh)

Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum, guten abend semua..hihi...dah nak habis cuti (lusa dah nak balik ump) baru nak update blog daaa...habis tu selama cuti nie ekau buat apa ha??? #pengsan

cuti sem sebulan nie dipenuhkan dengan aktiviti2 yang hmmmm...bolehlah~ tengah hari masak,lepas tu amik anak buah balik sekolah,petang jaga anak buah umur 2 tahun yang manja nak dilayan aje..huhu...petang sikit tolong kemas barang2 kedai makan abang,lepas maghrib tolong ajar bebudak mengaji..lepas tu tgk tv,online....begitulah sehari2 selama sebulan nie....adalah kadang2 kemas rumah,mengecat rumah,pergi kenduri kahwin...bukan kadang2...selalu !!!...mak saya cakap,kalau x pergi kenduri org jemput,nanti time kita kenduri pulak...xde sapa nak datang....hmmmm...mungkin la~


ini je lah sekali dapat jumpa,ber'gossip' dengan geng 5..haha...harap je semua cuti sem sama-sama...nak jumpa kemain susah...kena buat appointment awal2 dulu baru jadi...


inilah dia...budak yg disebut-sebutkan..hoho..amira batrisya....hai...dah la susah nak makan nasi,asyik nak main angry bird aje...tak bagi,menangis pulak..haha...maklumlah...dah pandai dah..pandai berlari pandai bercakap sikit2, pandai panggil 'mak chik...oooo..mak chik'..hehe

psssssst : cuti lama..'kerja sekolah' tak siap lagi...macam mana niiiiiiiiiii????????




Friday, February 1, 2013

Tips Mendidik Anak Degil

Komunikasi Unggul 

 Ramai ibu bapa yang menganggap disiplin anak-anak akan dibentuk melalui kekerasan. Hakikat sebenarnya; peribadi mulia anak-anak akan wujud hasil daripada komunikasi unggul antara ibu bapa dan anak. Ibu bapa perlu sentiasa berdampingan dengan anak-anak, bercakap dengan mereka, mengambil berat mengenai setiap kehendak mereka dan jangan sampai anak-anak merasakan mereka tersisih. Sikap degil dan keras kepala si anak boleh wujud hasil daripada rasa tidak puas hati yang wujud dalam diri anak tersebut. Mereka bersikap degil sebagai tanda protes dan memberontak agar mereka diberi perhatian.

Anak perlukan kasih sayang dan belaian. Manjakan anak-anak tetapi jangan berlebihan. Belajar untuk katakan tidak bila perlu dan tepat pada masa dan keadaannya. Jika anak bersalah, jangan terus menengking marah. Praktikkan untuk menegur terlebih dahulu, jelaskan kesilapannya dan pesankan; jangan ulangi kesilapan tersebut. Pakar psikologi menjelaskan; seorang anak kecil perlu ditegur dan diperingatkan mengenai sesuatu perkara sekurang-kurangnya 200 kali. Selepas 200 kali teguran diberi, barulah anak tersebut boleh dimarahi.

Marah yang berpada-pada; jangan gunakan kata-kata kesat dan keras. Jiwa anak-anak terlalu lembut, mudah untuk mengingati sesuatu yang melukakan hati dan terlalu payah untuk melupakannya malah banyak kes; segala keperitan dan kepedihan yang dialami tika kecil akan diingati hingga dewasa malah paling membimbangkan; sikap tersebut diwarisi kepada anak-anaknya pula.

 Jangan biasakan memukul anak hanya kerana perkara kecil. Pukulan hanya langkah terakhir apabila teguran berulang kali diberikan dan pemulauan anak-anak dilaksanakan. Pemulauan bermaksud; pinggirkan anak tersebut seketika; tak dilayan kehendaknya, tak dibawa bersembang sama; sebagai menjelaskan anda merajuk hati dengan sikap tidak pedulinya dengan teguran anda.

Setelah teguran diberi, pemulauan dilakukan barulah pukulan boleh dilaksanakan. Itupun hanya dengan tujuan mengajar; gunakan rotan yang sederhana, tidak terlalu besar dan tidak pula terlalu kecil. Pukulan diberikan dengan keadaan lengan rapat ke tubuh dan dihayun rotan tersebut ke bahagian tubuh yang terlindung. Tempat terbaik ialah di tapak kaki. Untuk makluman; pakar kesihatan mengakui, pukulan di tapak kaki membantu pengaliran darah yang sudah semestinya baik untuk kesihatan.

Teladan yang baik 

Ramai ibu bapa yang bersikap seperti ketam; menyuruh si anak berjalan betul tetapi diri sendiri gagal berjalan betul. Ibu bapa sepatutnya bersikap “Walk your talk!”- tunjukkan sikap yang baik untuk anak-anak agar anak-anak boleh teladani sikap tersebut. Jika tak suka anak-anak lewat mandi, ibu bapa seharusnya mandi awal pagi. Jika tak suka anak-anak bercakap keras dan kasar, ibu bapa perlu bercakap baik dan berhikmah.

Jangan sesekali kelirukan anak-anak dengan arahan. Sebagai contoh; si ibu menegur kesilapan si anak tetapi si bapa pula memarahi si ibu. Anak akan keliru, mana satu yang betul sebenarnya? Sama juga; jangan tonjolkan sikap buruk yang telah menjadi tabiat anda kepada anak-anak. Anda tentu tahu, anak anda diajar di sekolah merokok itu tidak elok untuk kesihatan. Jika anda merokok di depan anak, mereka akan keliru dengan ajaran guru, sekaligus tidak hormatkan guru dan lebih sadis apabila mereka gagal untuk hormati anda sebagai ibu atau bapa. Penting; jika ada perselisihan faham antara anda dan pasangan anda, elakkan bermasam muka atau bertengkar di hadapan anak. Sikap keras anda akan mudah diteladani oleh mereka.

Utamakan solat dan berdoa 

Sebagai individu Muslim, anda perlu mendidik agar anak anda mengutamakan solat lima waktu. Solat bukan semata-mata tanda syukur kepada Allah atau ibadat kepada-Nya sebaliknya solat adalah sebagai satu pembentukan akhlak dan disiplin yang baik. Ajar anak-anak mengaji Muqaddam atau al-Quran sejak mula, boleh diajar tika anak sudah mula berkata-kata. Ajarkan anak solat, biar tidak betul pergerakannya, pembentukan sejak usia muda akan membentuk kebiasaan agar solat bukan lagi menjadi satu bebanan. Jiwa yang menghayati solat akan terhindar daripada perkara tidak baik seterusnya melahirkan akhlak yang terpuji, insyaAllah! Sebagai ibu bapa; sentiasa praktikkan untuk mendoakan yang terbaik untuk anak-anak. Jangan biasakan kata-kata kesat dan negatif kerana ia mudah menjadi doa untuk anak anda.

credits to http://niezapunyablog.blogspot.com/2012/05/berhemah-dalam-mendidik-anak-degil.html

pssst : walaupun cheq tak kawen lagi,tak dak anak lagi..tapi cheq rasa terpanggil nak share benda2 mcm nie....cheq sedih tengok mak bapak / penjaga budak2 nie dok marah melulu...nak suruh macam nak memerintah dan tak nak bersembang dengar isi hati budak2 nie...kita nie bukan tau apa ada dlm hati depa...zaman sekarang dah tak macam dulu...bukan semua masih releven utk dibanding bandingkan.......depa pun ada hati..jgn asyik ingat kita yang betui~

Wednesday, December 5, 2012

Ilmu hisab...

Alhamdulillah..

akhirnya...akhirnya..berjaya saya menyiapkan satu soalan calculation extraction & bioseparation...fuuhh...

dalam masa sejam setengah lebih kurang....ceeehh..satu je siap..SATU je???

macam mana lah final exam nanti...hmmmm...

tak pe hanizah...practice makes fluent...kena banyak buat latihan ni..huuuuuu...

pssssst : sem ni memang mengira je kerojenye...extraction,validation,electronic...udah berpinor-pinor mate teman menengok formula panjang berjela...huuuuuuuuuuu

Tuesday, December 4, 2012

seketul mug hijau...#errrkkk


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Mug hijau saya yang cantik lagi setia berkhidmat telah pecah semalam....telah pecah!!!

sobs...sobs..sobs...sedih rasa hati ini...nampaknya kena beli mug hijau baru secepat mungkin nie....

macam mano den nak bancuh air kalau xde mug?..den dah la rajin bancuh air...haha..haha..

dan satu lagi....bukan saya yang memecahkan mug sendiri...tapi ada makhluk lain yang tak sengaja dah 
terpecahkan ia...alahai....


siap tinggal note lagi dekat mug yang dah pecah tu.... # nama terpaksa ditutup..nanti satu dunia pulak tau sapa makhluk berkenaan..huhu...

sebenarnya tak adelah sedih sangat pun...mug tu pun murah aje...boleh beli lain....dan saya pun senyap2 buang mug yang dah pecah tu dalam tong sampah,ambil nota dekat atas nie,masuk bilik..tampal dekat soft board..haha...saja..buat kenangan...

pssssst : terpaksa pinjam sat mug roomate sebab nak bancuh air milo tadi...














Wednesday, November 21, 2012

Jihad

its 1.40 am.....

currently doing extraction and bioseparation lab report...lab report...and lab report...#never ending..huhu

still in progress...a form of jihad I think...jihad in studying.....

got class 8 am tomorrow morning.....

pssssssssst: don't forget to make dua for those friends in palestine that also facing jihad...its real jihad..may Allah ease their life...aamiin.

Saturday, November 17, 2012

Panduan Qunut Nazilah


 Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum sahabat2 saya semua...baru-baru nie kita digemparkan lagi dengan serangan ke atas Gaza...SubhanaAllah,sayu melihatkan saudara2 seagama kita ditimpa ujian yang tak pernah putus..maka syukurlah atas nikmat keamanan yang masih kita dapat saat ini,,Alhamdulillah...kita mungkin tak mampu untuk turut sama berperang dari segi fizikal...jadi,jom sama-sama kita amalkan membaca qunut nazilah untuk kesejahteraan saudara-saudara kita,waima diri kita sendiri..semoga Allah sentiasa merahmati dan melindungi umat2 Islam seluruh dunia..Amiiiin~



 Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.

 CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal.

Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran
3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .

Peringatan:
· Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.

· Imam hendaklah memberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.

DOA QUNUT NAZILAH
Maksudnya: 'Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”
sumber : Portal Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Saturday, November 10, 2012

Karnival ez-SciMat 2012

Assalamualaikum...salam pagi buta sabtu..haha..mana tak buta..jam baru pukul 2.50 am...apa la den buat x tidur-tidur lagi nie kan??sebenarnya den sibuk mengemas beg,mengemas locker,meja,katil,bilik & benda2 lain yang patut dikemas..haaa..rajin tak??ceewahh..;P...pagi nie dalam pukul 10 den dah nak naik bas balik negeri Perak den yang tercinta..hehe..x sabor rasanya..den kalau esoknya tu nak balik,memang tidur lambat la malamnya...dan disebabkan esok nak balik dah,pagi nie den nak kongsi antara gambar-gambar masa karnival ez-scimat 2012 baru-baru nie...karang den balik rumah,malas dah nak post..basi pulak gambar2 tu...so....layan eh...;)


raptai2 pagi Jumaat




Proudly mine....=)


dengan kak umie aziz...emcee majlis perasmian yang gorgeous..kikiki..;)


kami fasilitator geocaching~


ada berani????


antara demo daripada petrosains.


macam-macam aktiviti dik non!!..haha...syiookk


antara booth pameran yang ada


macam-macam microbes di booth fakulti sains & teknologi industri (FIST)


second day...start pertandingan geocaching!!!


briefing peserta geocaching sesi 1 with en.shahrizal


cari dik cari harta karun...atas pokok,celah longkang,tepi tiang...kitorang dah sorok baik punya..haha


okay...dah menang dapat hadiah...ambik gambar sikit...;)


pertandingan roket air.



Angkasawan space camp


very friendly exhibitor from yayasan angkasawan malaysia & agensi angkasa malaysia..=D


Upin & Ipin...wooot..wooot...;)


makhluk paling popular masa karnival!!!


kami nak main gak...;)


last day for karnival....adik2 angkasawan space camp..


hari last..akhirnya dapat jugak den pegang anak penyu agar...sepatutnya tak boleh pegang pun...walaupun cute,tapi geli rasanya bila kaki dia mcm melekat dekat tangan kita....tak pasal2 den eeeeeee sana..eeeeeee sini time pegang....buat malu dekat budak2 sebelah je..hohoho...;)


fasilitators dengan En.Razak...ketua unit program yayasan angkasawan malaysia..


fasilitators geocaching with tok guru @ boss kita..haha...En.Shahrizal ide moslin, pegawai penyelidik agensi angkasa malaysia...special thank you for en.shah sebab sudi berkongsi ilmu dengan kitorang yang tak tahu apa2 nie..;)



Maka berakhirlah karnival ez-scimat selama 3 hari......3 hari jugaklah den balik hostel dengan keadaan letih gila!!!..haha...nak jalan pun rasa tak larat dah..tapi esoknya still bersemangat nak sambung kerja..sebab apa???sebab karnival nie best saaaangat!!!....den yang sukarela bagi nama utk jadi fasi nie rasa bertuah sangat....sijil dgn merit lain cerita la kan..haha...yang lagi syiookkk,den dapat ilmu baru,kawan2 baru,kenal orang2 baru & pengalaman baru yang den xleh beli dekat mana-mana pun..so, tahniah & terima kasih pada semua yang terlibat dalam men'sukses'kan karnival nie...memang terbaiiiikkkkk...tahun depan buat lagi boleh??haha

psssssssst : banyak pulak token yg den & kawan2 dapat as fasi....baju,buku,pen2..dll...we didn't expect for those things.....masa bagi nama tu mmg ikhlas lagi sukarela nak menolong apa yg patut...tapi,rezeki Allah bagi kan??syuuuukurr..;)...to en.razak & en.shah..lepas nie kalau ada program dekat2 dengan kitorang,jangan segan silu..panggil la kitorg jadi sukarelawan...dengan senang hati kitorang join nanti..hehe...;D


























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...