Saturday, August 28, 2010

SuAra MERdeKA!!!




Bismillahirrahmanirahim.....hmmm..apa pulak nk ak coretkan pagi2 sabtu ni....???hari ini 28 hb ogos 2010 bersamaan 18 Ramadhan 1431 hijrah....lagi 3 hari je negara kita yg tercinta nie akan mnyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke 53....diam x diam dh lebih 50 tahun negara kita mencapai kemerdekaan.53 tahun boleh jadi suatu jangka masa yang lama ataupun boleh dikatakan terlalu awal untuk dianggap begitu...saban tahun,sambutan ulangtahun kemerdekaan di negara kita ni boleh dikatakan gilang-gemilang...tapi sejauh mana penghayatan dan semangat 'merdeka' itu sendiri dalam jiwa setiap rakyat MALAYSIA yang tercinta ini?????secara logiknya siapa2 pun boleh berkata.."aku anak MALAYSIA"..siapa2 pun boleh melaungkan kalimat "MERDEKA" dengan penuh semangat...tapi,bagaimana dengan soul mereka???sedalam mana mereka ini (termasuk diri sndiri) merasa sayang dan mengambil iktibar dari peristiwa penjajahan dan perit-maung pemimpin2 terdahulu dalam usaha untuk mendapatkan keMERDEKAan????pada pandangan kaca-mata saya yang baru 19 tahun hidup di bumi bertuah ini,generasi sekarang(lebih2 lagi anak2 muda),terlalu kurang sangat penghayatan dari segi jiwanya dalam menilai erti sebuah keMERDEKAan...teringat kata2 cikgu sejarah semasa di Seri Puteri beberapa tahun dulu yg beliau petik drp kata2 Tun Dr.Mahathir Mohamad...."those who forget the past,are condemt to repeat it" ataupun "Sesiapa yang tidak belajar dari sejarah akan dihukum oleh sejarah itu sendiri"...apa itu yang boleh kita katakan sebagai MERDEKA dari sudut yang sebenar....saya petik kata2 daripada blog Dr Mohd Asri Zainul Abidin..."KEMERDEKAAN yang sebenar adalah apabila insan dapat membebaskan diri dari menjadi hamba sesama makhluk kepada perhambaan diri hanya kepada Tuhan segala makhluk"Jika dahulu kita perlu menghadap penjajahan dalam bentuk yang nyata (peperangan)...tapi sekarang kita sebenarnya masih dijajah dan penjajahan alaf baru ini sebenarya lebih bahaya!!Ini kerana ia berlaku secara halus dan tidak pula kita sedari.Secara tidak sedar sebenarnya minda kita sedang dijajah oleh ideologi dan pembawaan yang entah apa-apa...Persoalannya,kalau dr segi peperangan mungkin kita mampu menyediakan bala tentera,tapi macam mana agaknya nak menangkis serangan berbentuk halus ni????Jadi, yang lebih penting sebenarnya bagi semua rakyat Malaysia adalah menterjemahkan sambutan ke dalam bentuk penghayatan, kesedaran dan kesyukuran. Slogan, laungan merdeka dan cuti umum tidak membawa apa-apa kesan jika rakyat tidak menghayati dengan penuh kesedaran dan kesyukuran nilai merdeka yang sebenarnya.Ia bukan sekadar laugan 'MERDEKA" semata-mata,tapi lebih kepada kesedaran dan penghayatan terhadap nilai2 keMERDEKAan itu sendiri....tahu bila dan bagaimana keMERDEKAan dicapai masih belum cukup andai kita,generasi muda tidak sedar bahawa tanggungjawab mempertahankan keMERDEKAan itu sebenarnya terletak di pundak kita..dan ia bukanlah sesuatu yang mudah....Jika kita benar2 faham dan menghayati apa itu keMERDEKAan,maka laungkanlah...'MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...