Sunday, September 26, 2010

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM JEJAK WARISAN NEGERI PAHANG & JAMUAN RAYA UMP 2010




  agak2 berapa harga lukisan nie???teka2???
  haa...harga dia RM 10000.00..mahal benor..teman dpt tgkap gambo pun jadi lee....


                    bihun sup free....makan la..apa lagi..
             x smpat nk upload gmbar nasi briyani,nasi impit,
       ais kacang,sate.......(eh,byknya makan..huhu)

Ibu membenci Saya Bertudung

salah satu kisah benar yg sy baca drp buku yg saya pinjam dr library ump bertajuk "bagaimana akhirnya saya bertudung"


                                UMMU HANAN
                                                 
Bagaimanakah saya akhirnya memakai tudung,itu kisah yang menarik yang boleh dikongsi.Bagaimana pula saya mampu bertahan terus memakainya,ia peristiwa yang bersejarah yang cukup menakjubkan.saya rasakan inilah peluang terbaik saya mengabadikan pengalaman saya dalam bentuk peulisan,supaya ank cucu saya dapat mengambil manfaat daripadanya.




Zaman Kegelapan


Lebih dari 40 tahun yang lalu...Ehemm...nampaknya saya membuka satu rahsia peribadi di sini!Zaman 1960-an adalah zaman ‘mini skirt’,zaman kerata PROTON SAGA belum tercipta lagi. Saya ke sekolah dengan menaiki beca roda tiga.Saya dibesarkan di sebuah bandar kecil di Johor,bersekolah rendah aliran Inggeris pada waktu pagi dan sekolah agama (di bawah Jabatan Agama Johor)pada waktu petang



Kami memakai mini skirt paras lutut semasa ke sekolah.Semasa riadah dan sukan kami memakai seluar pendek yang memang pendek.Seksi,sepatah kata anak lelaki saya.Nama lain bagi seluar pendek ialah ‘hot pants’ yang mungkin dikatakan demikian kerana mungkin pakaian tersebut memberikan rasa ‘bahang keseronokan’ (hot) kepada yang memandang.Uniform kami dinamakan ‘pinafor’ berwarna merah hati,sehelai baju gaun tanpa lengan yang dipakai di bahagian luar,di bahagian dalam pula blaus lengan pendek berwarna kuning kunyit.masa itu uniform belum diseragamkan seluruh negara seperti sekarang yang berwarna putih biru.




Di sekolah agama kami diajar pengetahuan asas Islam,yang saya lupa sebaik sahaja umur baligh.Apa yang paling menyedihkan pada masa itu ialah para ustazah tidak memakai tudung dengan sempurna.Kebanyakan mereka memakai selendang ataupun tudung kecil yang nampak ‘jambul’ di depan dan kadang-kadang ‘ekor’ rambut di belakang.Justeru,saya membesar dengan kefahaman bahawa demikianlah cara memakai tudung yang betul.Apabila memakai baju kurung ke sekolah agama pun sekadar bertudung kecil yang diikat di leher.Demikianlah juga aksi para ibu kita zaman itu,mereka menggayakan tudung mereka semasa melawat jenazah dan istiadat keagamaan.


Semasa saya bersekolah menengah di sebuah sekolah berasrama penuh yang berprestij di negara ini,tiada seorang pun memakai tudung termasuk ustazahnya!kami masih memakai skirt atas paras lutut.Semasa riadah da sukan,kami memakai seluar pendek.Kami berlari dengan selesa keliling padang,sama sahaja keadaannya ketika kami berada di sekolah rendah,kawan saya kata kaki saya seksi.



Semasa saya berada di tingkatan empat,kami mendapat kejutan,apabila pada suatu hari seorang bekas pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran di luar negara datang mengunjungi kami,dengan bertudung litup!Ketika itu saya adalah seorang drum major pancaragam elit sekolah,atlet sekolah,penari sekolah,pendek kata,orang yang terkenal di sekolah!Tetapi senior ini membangkitkan pelbagai perasaan kepada saya.


Saya selalu rasakan saya sudah cukup warak,sebab saya selalu dilantik menjadi imam ketika sembahyang mungkin kerana saya mempunyai kelebihan sedikit iaitu pandai mengaji Quran berbanding kawan-kawan lain.Saya sembahyang lima waktu sehari apabila berkesempatan sahaja.kalau tidak sempat mudah saja (andaian saya),qada sahaja.saya berpuasa pada bulan Ramadhan dan membaca al-Quran hanya semasa kematian dan pada acara keaagamaan.

Tetapi ,engapa kini saya berasa ‘bersalah’ dan berasa berdosa?Saya mendengar senior kami itu dengan penuh minat sebab dia memakai tudung,tetapi saya belum sanggup meninggalkan kehidupan yang penuh glamor ketika itu.Tetapi nun di sudut hati,saya tetap merasakan suatu perasaan berdosa dan rasa bersalah!Separuh daripada fikiran saya menolak pernyataannya dengan alasan-alasan tidak munasabah yang saya ciptakan sendiri.Saya tidak mahu dibakar oleh api neraka,saya takut rambut saya digantung,sungguh menakutkan.Setiap minit kehidupan di dunia akan dikira berganda-ganda di akhirat.Sehari di akhirat bersamaan dengan 40,000 tahun di dunia.Sungguh mengerikan!


Apabila saya berada di tingkatan 6,beberapa rakan dari sekolah berdekatan memberikan beberapa buah buku agama untuk dibaca.Pada masa itu,membaca buku agama sungguh membosankan,jika dibandingkan dengan keseronokan membaca novel-novel cinta yang bergilir-gilir dibaca sesama kami.Beberapa kawan-kawan nakal saya mengatakan yang saya kononnya mahu menjadi orang ‘baik-baik’.Mereka menyindir saya tidak berpijak di bumi nyata.Saya masih yakin bahawa Allah maha pemaaf dan maha pengampun terhadap segala dosa hambanya.Benarlah!Telahan saya dibuktikan kemudiannya.



Apabila saya menjejakkan kaki ke menara gading,itulah pengalaman saya yang pertama kali bercampur dengan lelaki,selama ini saya bersekolah di sekolah perempuan sahaja sejak sekolah rendah dan menengah.Saya rasa geli geleman pada renungan nakal budak-budak lelaki yan g seolah-olah melapah tubuh saya.Saya rasa seolah-olah ditelanjangi! Sebelum itu saya tidak perasan langsung bahawa saya mampu menarik perhatian mereka,walaupun sya tahu saya memang seorang yang bergaya.Saya melihat kawan-kawan lain seronok dengan pegalaman baru ini.Saya pula sebaliknya.Saya merasa sesak nafas dan tidak elamat setiap kali para pemuda datang mendekati kami.Saya rasa tidak dihormati setiap kali dikerumuni dan digoda.


Agaknya memang sudah ditakdirkan,pada suatu hari saya diusik oleh seorang senior lelaki secara selamba sambil mengatakan saya akan bertanggungjawab membela diri saya yang ‘nakal’ ini di depan Allah di hari akhirat kelak.Tanpa disedarinya usikan itu membuat saya bungkam!Saya tahu saya tidak mempunyai sebarang alasan yang kukuh untuk diajukan kepadaNYA.Kita akan dibangkitkan dari kubur,semuanya bertaraf sama sahaja di sisi Allah.Kita akan ditanya apa yang kita buat di dunia dan bagaimana kita menghabiskan kehidupan kita.Tidakkah malu nanti untuk memberikan alasan-alasan yang Allah maha mengetahiu apakah yang sebenarnya dalam hati ini?
Oh Tuhan...!!!Pada malam itu saya bertaubat,menangis sepuas-puasnya dalam sembahyang tahajud,penuh kesyahduan dan hiba memohon ampun kepada Allah terhadap segala kesalahan masa lalu,fikiran-fikiran yang mentah dan segala kesalahan masa lalu,fikiran-fikiran yang mentah dan tidak matang.Hati saya yakin Allah akan mengampuni saya kerana Allah maha pemaaf dan maha pengampun.Dia memberikan saya peluang kali kedua untuk berada di jalanNYA.Mampukah saya mengabaikan TANDA kekuasaanNYA?
Esoknya saya berjumpa dengan seorang senior untuk meminjam tudung.Alangkah mulianya dia kerana menghadiahkan saya beberapa helai tudung sebagai hadiah.Alhamdulillah,perubahan saya ini mengejutka ramai orang dan dalam masa yang singkat saya menerima ramai kenalan baru.
Sedihnya,ibu saya tidak sependapat begitu.Saya sangka ibu saya tidak akan marah kerana setahu saya ibu seorang yang konservatif.Tidak pernah terfikir terfikir di kepala saya ibu saya tidak bersetuju dengan keputusan saya bertudung.Walaupun begitu, saya sudah sedia menghadapi dugaan sebegitu seperti yang dikatakan di dalam al-Quran,dugaan akan dilalui oleh oleh orang-orang yang berjuang di jalanNYA.
Kami bertengkar setiap hari,berhujah tanpa henti membuat saya keletihan setiap kali pulang bercuti.Dia sering mengancam,katanya masa depan saya akan jadi gelap kerana saya ‘anak derhaka’.Saya juga akui saya silap kerana membalas kata-katanya tanpa hikmah.


Pada suau hari ibu menghilangkan diri.Beberapa hari kemudian kami mendapat tahu ibu pergi berjumpa seorang ustazah.Ibu mencari penawar bagi ‘anutan ilmu baru’ saya.Sedihnya,ustazah itu tidak memakai tudung.Kemudian ibu memujik bapa saudara saya menasihati saya menanggalkan tudung kerana tiada sesiapa yang memakainya.Ada juga kata-katanya yang menghina Sunnah!Semoga Allah mengampuninya kerana kejahilannya.
Saya mempunyai seorang adik perempuan berusia 13 tahun.Rupanya,dalam diam adik saya mengikuti perubahan pada diri saya,yang padanya ’menjelma’menjadi manusia baru yang bertanggungjawab!Tidak lama kemudian adik saya mengikut jejak langkah saya memakai tudung.Bertambah lagi marahnya ibu!
Oleh kerana saya jauh dari rumah,maka kebencian ibu dilepaskan ke atas adik.Ibu menyembunyikan tudungnya,membuang ke dalam longkang,kadang-kadang tidak dibuka pintu apabila pulang ke rumah,di samping maki hamun yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang ibu.Saya menangisi berita sedih adik melalui surat-suratnya.Saya hanya mampu membalas dengan semangat dan kata-kata dorongan dari jauh.Alhamdulillah,sehingga kini dia masih bertahan dengan tudungnya.




Perubahan ketara terjadi apabila saya menerima beberapa tawaran kerja di Lembah Klang sebaik sahaja tamat pengajian.Ibu terpegun dan tanggapannya pada mereka yang bertudung sekelip mata bertukar.barulah saya tah,rupanya kasih sayangnya yang keterlaluan itu membuatkannya bertindak di luar jangkaan.Dia terlalu memikirkan ‘kewarasan’ kami dan penerimaan masyarakat pada kami.




Selepas itu itu mula berubah.Dia memakai tudung atas kerelaannya sendiri.Saya memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi dengan menghadiahkan beberapa helai tudung kepadanya.Ibu memang benar-benar berubah,berlainan benar dengan keadaannya beberapa tahun dahulu.



Apabila saya menerima pinangan daripada seorang lelaki yang soleh,ibu saya teramatlah seronok.Tidak lama kemudian suami sayalah menantu kesayangannya sehingga hari ini.Saya bersyukur kepada Allah yang memberi rahmat kepada kami sekeluarga.Alhamdulillah.


p/s : Alhamdulillah Allah memberi hidayah kepada penulis ini untuk melaksanakan perintahnya...dari cerita yg dsmpaikan..kta sndiri dpt lihat bgaimana besarnya cabaran yg penulis hdapi utk berubah..bagaimana dengan kita yg sememangnya dilahirkan dan dibesarkan dalam persekitaran Islam..adakah kita benar2 faham pengertian menutup aurat atau sekadar bertudung kerana fesyen dn sebagainya..adakah kita benr2 mghargai nikmat Iman & Islam???untuk renungan bersama..anda yg sudi membaca & juga saya yang mudah lupa...

Wednesday, September 22, 2010





Qasidah Reading By Malaysian Qari - Dato' Ahmad Faizul Ghazali

Sejak dari dulu (dalam usia 6 tahun),minat sy terhadap kesenian berbentuk Islamic seperti nasyid,tilawah,marhaban dan qasidah dah dpt dikesan dan sy sememangnya aktif mewakili sekolah sehingga ke peringkat negeri Perak dalam pertandingan tilawah ketika di sekolah rendah dan pertandingan nasyid peringkat negeri Selangor ketika di sek menengah...(bukan membangga diri ye....cuma nk berkongsi betapa minatnya sy pd bidang ini)
Baru2 ini saya mendengar alunan tausheikh&qasidah drp saudari hanimzah (AQ) yg abang sy pasang dlam kereta dia masa dlm perjalanan balik ke Pahang dr Perak....dan memang sy suka sangat..alunan qasidah yang merdu dan mudah ditangkap oleh telinga sy nie...



dan ini satu lagi alunan qasidah oleh Dato' Ahmad Faizul Ghazali....selamat mndengar...

Ketika Allah Memilihmu Untukku..




Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..


Ingin ku beri tahu padamu..


Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..


Orang tua yg begitu sempurna..


Dengan cinta yg begitu melimpah..


Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..


Maka, padamu ku katakan..


Saat Allah memilihmu dalam hidupku,


Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..


Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..










Padamu yang Allah pilihkan untukku..


Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,


Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..


Maka, ketika Dia memilihmu untukku,


Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn ketidaksempurnaanmu.


Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..


Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..


Karena kelak kita akan satu..


Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,


Kau dan aku akan menjadi 'kita'..










Padamu yg Allah pilihkan untukku..


Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,


Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..


Maka ketika Dia memilihmu untukku,


Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka pegang tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..


Itulah visi pernikahan kita..


Ibadah pada-Nya ta'ala..










Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..


Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..


Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..


Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,


Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..


Namun jangan kau cuba meluruskanku, karena aku akan patah..


Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..


Namun tatap mataku, tersenyumlah..


Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..


Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..


Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..


Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..










Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap rumahku..


Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..


Maka dimataku kau adalah yang terindah,


Kata2mu adalah titah untukku,


Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..


Maka kalau kau berkenan ku meminta..


Jadilah rumah yg indah, yang kukuh…


Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..










Padamu yang Allah pilih menjadi tiang hidupku…


Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..


Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..


Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,


Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..


Yang darahnya mengalir darah syuhada..


Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..


Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..


Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..










Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…


Ku memohon padamu.. Redhalah padaku,


Sungguh Redhamu adalah Redha Ilahi Rabbi..


Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..


Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..




Wednesday, September 8, 2010

netbook oh netbook..........



                     

Baru2 nie semua peneroka di kawsan sy nie dberi netbook 1 Malaysia secara percuma...ditmbah dgn aplikasi WIMAX yg mmg murah…termsuk abah sy dpt sekali...hmm..nmpaknya peneroka2 sekarang mmg dh maju..sbb setiap rumah dah boleh berinternet bila2 masa saja...apa2 pun pada pndpt dan pndngan 4 mata sy nie..(tmbah 2 mata spec..)..benda nie ada baik n buruknya...


Yang bagusnya...pak cik2,mk cik2 n anak2 peneroka x lagi ‘buta’ teknologi ataupun buta internet...mklumlah..kawasan FELDA nie kbnyakannya jauh drp bndar ataupn pekan2 ‘koboi’...sy ingat lagi zaman dulu2..masa sy sekolah rendah..sekitar tahun 2000,rumah yang ad komputer boleh dibilang dgn jari....itupun boleh dikira cukup bertuah kalau ada sebuah komputer di rumah...masa itu rumah saya ada sebuah komputer..itupun abang yang punya sebab dia ambil course brkenaan komputer di kolej...tapi alhamdulillah juga la sbb sy berpeluang kenal dan tahu cara2 guna komputer lebih awal drp kawan2 lain..(masa itu x ada makmal komputer di sekolah).....bila masuk sekolah menengah,sy banyak kerja2 sekolah yg perlukan sy buka internet untuk cari mklumat....masa itu x ada lagi PUSAT JALUR LEBAR KOMUNITI (PJK) di tempat sy...betapa susahnya nk pergi satu2nya kedai komputer yg boleh brinternet di Besout 3..tupun internetnya agak slow dan selalunya ramai org....kadang2 terpaksa keluar Sungkai atau Slim River untuk berinternet..awal tahun 2010 nie..PJK mula broperasi...Alhamdulillah..byk sgt mmbantu kami,khususnya student2 yg mmg selalu online ntuk siapkan assingment ,dan adik2 yang sebelum nie x de peluang ntuk belajar pasal komputer di rumah..kami boleh online (Wifi) scara prcuma dan gunakan pc dgn harga yg jauh lebih murah drp kedai2 komputer di luar sana...Sekarang pulak setiap rumah dh ad netbook sndiri...x payah dh nk bersesak2 di PJK..=)...lebih mudah di rumah....Alhamdulillah..

Tapi apa yang sy tengok sejak ad netbook nie lain pulak kisahnya....memang la bagus sebab semua dh jadi celik IT..tapi sy risau tengok anak2 muda yang kebanyakannya berinternet untuk berFACEBOOK....dalam 24 jam sehari..mungkin masa berfacebook lebih banyak drp masa ntuk mereka study dn siapkan kerja2 sekolah....kalau ibu bapa x pantau dan biarkan saja ank2 mereka nie,alamatnya...................................


Bukan salah netbook atau salah pihak2 yg mmberi bantuan netbook nie,tp salah individu2 yg guna kemudahan yang diberi ni...saya selalu risau lebih2 lagi bila tengok adik sy (sekarang tingkatan 4) berfacebook lama2....nasib baik lah dia belajar di asrama...sekurang2nya dia ‘lagha’ tyme cuti2 sekolah je......hehehe..zaman saya sekolah dulu,tak ada kemudahan2 macam ni...bila masuk sekolah menengah (dalam tahun 2004) baru la buat e-mail...itu pun sekali sekala je bukak dan sy rasa lebih fokus dengan pembelajaran sy di sekolah...x payah pening2 dan x ada la teringat2 nk buka facebook,friendster,dll..dan sy faham macam mana berinternet nie boleh melalaikan kalau x pandai nk kawal..sy yang dh mnjejak kaki ke menara gading nie pun selalu terlalai sbb asyik sangat berinternet drp study...masyaAllah...dan sy tetap risau...risau kalau2 ‘fenomena’ ni akan bagi kesan kepada pelajaran diorang...generasi muda FELDA.....semoga mereka dan saya juga bijak gunakan kemudahan ini untuk kebaikan..Amiin~

Lagi satu,sy tengok sekarang netbook nie banyak anak2 yg guna drp mak ayah diorang...harap2 anak2 yg sibuk sangat guna netbook tu...jangan guna saja ye..ajar mak ayah sekali..bukan apa..kalau tiap masa netbook tu dengan anak2 dan mak ayah buat x kisah je...sape yg pandai???..sekurang2nya pandai la pakai basic application mcm WORD ke POWER POINT ke....senang sket nak buat kerja nnti...betul tak??


Konklusinya....semua benda dan pekerjaan yg kita buat ada ‘pro’ dan ‘con’nya...sebenarnya tnggungjawab kita sendiri ntuk fikir dan nilai tentang isu nie...tapi ramai mana sangat yang berfikir dan menilai??????bukan kemudahan dn org yg mmberi kemudahan yg bersalah..tp bagaimana kita menggunakan dan meletakkan kemudahan yang satu nie..supaya lebih banyak faedah yang kita dapat berbanding dengan benda yang entah apa2...bak kata pensyarah saya...”it’s about how you civilised the things....”maksudnya..macam mana dan sejauh mana kita melihat dan menggunakan kemudahan nie untuk menjadikan kita insan yang lebih bertamadun.......


p/s: sekadar pendapat dan nasihat daripada saya untuk semua dan diri saya sendiri yang mudah lupa.. sesungguhnya manusia yang pintar ialah manusia yang mengambil ikhtibar daripada sesuatu dilihatnya dan menerima nasihat yang didengarnya.........yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu juga datang dari Allah,tapi disandarkan atas kelemahan saya sendiri...Wallahua’lam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...