Sunday, September 26, 2010

Ibu membenci Saya Bertudung

salah satu kisah benar yg sy baca drp buku yg saya pinjam dr library ump bertajuk "bagaimana akhirnya saya bertudung"


                                UMMU HANAN
                                                 
Bagaimanakah saya akhirnya memakai tudung,itu kisah yang menarik yang boleh dikongsi.Bagaimana pula saya mampu bertahan terus memakainya,ia peristiwa yang bersejarah yang cukup menakjubkan.saya rasakan inilah peluang terbaik saya mengabadikan pengalaman saya dalam bentuk peulisan,supaya ank cucu saya dapat mengambil manfaat daripadanya.




Zaman Kegelapan


Lebih dari 40 tahun yang lalu...Ehemm...nampaknya saya membuka satu rahsia peribadi di sini!Zaman 1960-an adalah zaman ‘mini skirt’,zaman kerata PROTON SAGA belum tercipta lagi. Saya ke sekolah dengan menaiki beca roda tiga.Saya dibesarkan di sebuah bandar kecil di Johor,bersekolah rendah aliran Inggeris pada waktu pagi dan sekolah agama (di bawah Jabatan Agama Johor)pada waktu petang



Kami memakai mini skirt paras lutut semasa ke sekolah.Semasa riadah dan sukan kami memakai seluar pendek yang memang pendek.Seksi,sepatah kata anak lelaki saya.Nama lain bagi seluar pendek ialah ‘hot pants’ yang mungkin dikatakan demikian kerana mungkin pakaian tersebut memberikan rasa ‘bahang keseronokan’ (hot) kepada yang memandang.Uniform kami dinamakan ‘pinafor’ berwarna merah hati,sehelai baju gaun tanpa lengan yang dipakai di bahagian luar,di bahagian dalam pula blaus lengan pendek berwarna kuning kunyit.masa itu uniform belum diseragamkan seluruh negara seperti sekarang yang berwarna putih biru.




Di sekolah agama kami diajar pengetahuan asas Islam,yang saya lupa sebaik sahaja umur baligh.Apa yang paling menyedihkan pada masa itu ialah para ustazah tidak memakai tudung dengan sempurna.Kebanyakan mereka memakai selendang ataupun tudung kecil yang nampak ‘jambul’ di depan dan kadang-kadang ‘ekor’ rambut di belakang.Justeru,saya membesar dengan kefahaman bahawa demikianlah cara memakai tudung yang betul.Apabila memakai baju kurung ke sekolah agama pun sekadar bertudung kecil yang diikat di leher.Demikianlah juga aksi para ibu kita zaman itu,mereka menggayakan tudung mereka semasa melawat jenazah dan istiadat keagamaan.


Semasa saya bersekolah menengah di sebuah sekolah berasrama penuh yang berprestij di negara ini,tiada seorang pun memakai tudung termasuk ustazahnya!kami masih memakai skirt atas paras lutut.Semasa riadah da sukan,kami memakai seluar pendek.Kami berlari dengan selesa keliling padang,sama sahaja keadaannya ketika kami berada di sekolah rendah,kawan saya kata kaki saya seksi.



Semasa saya berada di tingkatan empat,kami mendapat kejutan,apabila pada suatu hari seorang bekas pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran di luar negara datang mengunjungi kami,dengan bertudung litup!Ketika itu saya adalah seorang drum major pancaragam elit sekolah,atlet sekolah,penari sekolah,pendek kata,orang yang terkenal di sekolah!Tetapi senior ini membangkitkan pelbagai perasaan kepada saya.


Saya selalu rasakan saya sudah cukup warak,sebab saya selalu dilantik menjadi imam ketika sembahyang mungkin kerana saya mempunyai kelebihan sedikit iaitu pandai mengaji Quran berbanding kawan-kawan lain.Saya sembahyang lima waktu sehari apabila berkesempatan sahaja.kalau tidak sempat mudah saja (andaian saya),qada sahaja.saya berpuasa pada bulan Ramadhan dan membaca al-Quran hanya semasa kematian dan pada acara keaagamaan.

Tetapi ,engapa kini saya berasa ‘bersalah’ dan berasa berdosa?Saya mendengar senior kami itu dengan penuh minat sebab dia memakai tudung,tetapi saya belum sanggup meninggalkan kehidupan yang penuh glamor ketika itu.Tetapi nun di sudut hati,saya tetap merasakan suatu perasaan berdosa dan rasa bersalah!Separuh daripada fikiran saya menolak pernyataannya dengan alasan-alasan tidak munasabah yang saya ciptakan sendiri.Saya tidak mahu dibakar oleh api neraka,saya takut rambut saya digantung,sungguh menakutkan.Setiap minit kehidupan di dunia akan dikira berganda-ganda di akhirat.Sehari di akhirat bersamaan dengan 40,000 tahun di dunia.Sungguh mengerikan!


Apabila saya berada di tingkatan 6,beberapa rakan dari sekolah berdekatan memberikan beberapa buah buku agama untuk dibaca.Pada masa itu,membaca buku agama sungguh membosankan,jika dibandingkan dengan keseronokan membaca novel-novel cinta yang bergilir-gilir dibaca sesama kami.Beberapa kawan-kawan nakal saya mengatakan yang saya kononnya mahu menjadi orang ‘baik-baik’.Mereka menyindir saya tidak berpijak di bumi nyata.Saya masih yakin bahawa Allah maha pemaaf dan maha pengampun terhadap segala dosa hambanya.Benarlah!Telahan saya dibuktikan kemudiannya.



Apabila saya menjejakkan kaki ke menara gading,itulah pengalaman saya yang pertama kali bercampur dengan lelaki,selama ini saya bersekolah di sekolah perempuan sahaja sejak sekolah rendah dan menengah.Saya rasa geli geleman pada renungan nakal budak-budak lelaki yan g seolah-olah melapah tubuh saya.Saya rasa seolah-olah ditelanjangi! Sebelum itu saya tidak perasan langsung bahawa saya mampu menarik perhatian mereka,walaupun sya tahu saya memang seorang yang bergaya.Saya melihat kawan-kawan lain seronok dengan pegalaman baru ini.Saya pula sebaliknya.Saya merasa sesak nafas dan tidak elamat setiap kali para pemuda datang mendekati kami.Saya rasa tidak dihormati setiap kali dikerumuni dan digoda.


Agaknya memang sudah ditakdirkan,pada suatu hari saya diusik oleh seorang senior lelaki secara selamba sambil mengatakan saya akan bertanggungjawab membela diri saya yang ‘nakal’ ini di depan Allah di hari akhirat kelak.Tanpa disedarinya usikan itu membuat saya bungkam!Saya tahu saya tidak mempunyai sebarang alasan yang kukuh untuk diajukan kepadaNYA.Kita akan dibangkitkan dari kubur,semuanya bertaraf sama sahaja di sisi Allah.Kita akan ditanya apa yang kita buat di dunia dan bagaimana kita menghabiskan kehidupan kita.Tidakkah malu nanti untuk memberikan alasan-alasan yang Allah maha mengetahiu apakah yang sebenarnya dalam hati ini?
Oh Tuhan...!!!Pada malam itu saya bertaubat,menangis sepuas-puasnya dalam sembahyang tahajud,penuh kesyahduan dan hiba memohon ampun kepada Allah terhadap segala kesalahan masa lalu,fikiran-fikiran yang mentah dan segala kesalahan masa lalu,fikiran-fikiran yang mentah dan tidak matang.Hati saya yakin Allah akan mengampuni saya kerana Allah maha pemaaf dan maha pengampun.Dia memberikan saya peluang kali kedua untuk berada di jalanNYA.Mampukah saya mengabaikan TANDA kekuasaanNYA?
Esoknya saya berjumpa dengan seorang senior untuk meminjam tudung.Alangkah mulianya dia kerana menghadiahkan saya beberapa helai tudung sebagai hadiah.Alhamdulillah,perubahan saya ini mengejutka ramai orang dan dalam masa yang singkat saya menerima ramai kenalan baru.
Sedihnya,ibu saya tidak sependapat begitu.Saya sangka ibu saya tidak akan marah kerana setahu saya ibu seorang yang konservatif.Tidak pernah terfikir terfikir di kepala saya ibu saya tidak bersetuju dengan keputusan saya bertudung.Walaupun begitu, saya sudah sedia menghadapi dugaan sebegitu seperti yang dikatakan di dalam al-Quran,dugaan akan dilalui oleh oleh orang-orang yang berjuang di jalanNYA.
Kami bertengkar setiap hari,berhujah tanpa henti membuat saya keletihan setiap kali pulang bercuti.Dia sering mengancam,katanya masa depan saya akan jadi gelap kerana saya ‘anak derhaka’.Saya juga akui saya silap kerana membalas kata-katanya tanpa hikmah.


Pada suau hari ibu menghilangkan diri.Beberapa hari kemudian kami mendapat tahu ibu pergi berjumpa seorang ustazah.Ibu mencari penawar bagi ‘anutan ilmu baru’ saya.Sedihnya,ustazah itu tidak memakai tudung.Kemudian ibu memujik bapa saudara saya menasihati saya menanggalkan tudung kerana tiada sesiapa yang memakainya.Ada juga kata-katanya yang menghina Sunnah!Semoga Allah mengampuninya kerana kejahilannya.
Saya mempunyai seorang adik perempuan berusia 13 tahun.Rupanya,dalam diam adik saya mengikuti perubahan pada diri saya,yang padanya ’menjelma’menjadi manusia baru yang bertanggungjawab!Tidak lama kemudian adik saya mengikut jejak langkah saya memakai tudung.Bertambah lagi marahnya ibu!
Oleh kerana saya jauh dari rumah,maka kebencian ibu dilepaskan ke atas adik.Ibu menyembunyikan tudungnya,membuang ke dalam longkang,kadang-kadang tidak dibuka pintu apabila pulang ke rumah,di samping maki hamun yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang ibu.Saya menangisi berita sedih adik melalui surat-suratnya.Saya hanya mampu membalas dengan semangat dan kata-kata dorongan dari jauh.Alhamdulillah,sehingga kini dia masih bertahan dengan tudungnya.




Perubahan ketara terjadi apabila saya menerima beberapa tawaran kerja di Lembah Klang sebaik sahaja tamat pengajian.Ibu terpegun dan tanggapannya pada mereka yang bertudung sekelip mata bertukar.barulah saya tah,rupanya kasih sayangnya yang keterlaluan itu membuatkannya bertindak di luar jangkaan.Dia terlalu memikirkan ‘kewarasan’ kami dan penerimaan masyarakat pada kami.




Selepas itu itu mula berubah.Dia memakai tudung atas kerelaannya sendiri.Saya memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi dengan menghadiahkan beberapa helai tudung kepadanya.Ibu memang benar-benar berubah,berlainan benar dengan keadaannya beberapa tahun dahulu.



Apabila saya menerima pinangan daripada seorang lelaki yang soleh,ibu saya teramatlah seronok.Tidak lama kemudian suami sayalah menantu kesayangannya sehingga hari ini.Saya bersyukur kepada Allah yang memberi rahmat kepada kami sekeluarga.Alhamdulillah.


p/s : Alhamdulillah Allah memberi hidayah kepada penulis ini untuk melaksanakan perintahnya...dari cerita yg dsmpaikan..kta sndiri dpt lihat bgaimana besarnya cabaran yg penulis hdapi utk berubah..bagaimana dengan kita yg sememangnya dilahirkan dan dibesarkan dalam persekitaran Islam..adakah kita benar2 faham pengertian menutup aurat atau sekadar bertudung kerana fesyen dn sebagainya..adakah kita benr2 mghargai nikmat Iman & Islam???untuk renungan bersama..anda yg sudi membaca & juga saya yang mudah lupa...

1 comment:

lillyashiqin said...

ya Allah, jika Kau mahu berikan hidayah kpd hambaMu, itu sgt mudah bagiMu... Subhanallah... semoga kita antara mereka yg diberikan petunjuk :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...