Tuesday, November 30, 2010

jOm BerKenaLan dEngan DirI kitA...

Assalamualaikum w.b.t..kali ni saya nak berkongsi tentang analisis peribadi melalui bulan kelahiran .. yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah. Artikel ini diambil dari Ruangan Artikel myMasjid. Anda boleh menyemak sendiri ciri-ciri ini dalam diri anda dan menjadi salah satu pengetahun untuk mengenali sahabat dan muhasabah diri....tapi entri kali ini saya hanya memaparkan analisis pada Januari dan Februari sahaja...bulan2 yang lain akan saya masukkan pada entri yang seterusnya...=)


JANUARI
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik. Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik. Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan. Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur. Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam. Pandai mengambil hati orang lain. Pendiam kecuali telah dirangsang. Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi. Mudah mendisiplinkan diri sendiri. Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema. Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya. Cukup sayang pada kanak-kanak. Suka duduk di rumah. Setia pada segala-galanya. Perlu belajar kemahiran bersosial. Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

Berfikiran abstrak. Sukakan benda yang realiti dan abstrak. Bijak dan pintar Berpewatakan yang mudah berubah. Mudah menawan orang lain. Agak pendiam. Pemalu dan rendah diri. Jujur dan setia pada segalanya. Keras hati untuk mencapai matlamat. Tidak suka dikongkong. Mudah memberontak apabila dikongkong. Suka kegiatan yang lasak. Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif. Mudah mempamerkan marahnya. Tidak suka benda yang remeh-temeh. Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya. Sangat berani dan suka memberontak. Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya. Pemerhatian yang tajam. Suka hiburan dan sukan. Suka benda yang bersifat seni. Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran. Berkecenderungan pada benda yang tahyul. Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros. Belajar untuk mempamerkan emosi.


Jadi,macam mana??secara peribadi,saya rasa analisis ni betul2 tepat dengan peribadi saya yang lahir pada bulan januari..anda macam mana???

1 comment:

nor amira said...

saye lahir bulan 2.. emm waaa byk yg btol ade kat diri ni,, tapi part yg ''Berkecenderungan pada benda yang tahyul'' tuu tak nak!! nauzubillah..
hehehh.. ma ceh di atas perkongsiannya ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...