Friday, May 20, 2011

Jom pakat-pakat pi sedekah...=)



Assalamualaikum,selamat petang saudara2 yg saya sayangi...hari nie saya nak berkongsi sedikit tentang isu 'sedekah'.....pernah tak anda :

1. Jumpa peminta sedekah tepi2 jalan mana2,muka baik,naive dan nampak susah sekali..minta sedikit duit pada anda,lalu anda pun beri tanpa banyak soal....tak lama lepas tu kebetulan anda terjumpa lagi orang yang sama,tak seperti apa yang anda jumpa sebelumnya.....rasa geram jee...

2. Anda rasa teragak-agak nak berikan sedikit duit pada orang lain sebab takut merugikan anda...kalau bagi pun,tak ikhlas aje.......

3.Anda berikan duit sebab nak perhatian ataupun orang kata nak nampak baik di mata orang lain...kononnya sedekah........

4. Anda berikan sumbangan kepada sapa2 aje,lepas tu buat sesi penyerahanlah,press conferencelah....

hmmmm..kalau pernah berlaku pada anda...sama2lah kita renung balik...peringatan pada diri saya sendiri jugak...secara jujurnya,saya memang jenis yang mudah bersimpati pada orang lain...bila terjumpa orang yang meminta sedekah di tepi2 jalan,di tengah2 pasar,tangga kompleks beli-belah...hati saya jadi sayu....dan saya selalu terfikir,bagaimanalah agaknya kalau saya berada di tempat mereka???

Saya berkongsi cerita ini bukannya nak tunjuk saya ni baik atau bukan nak riak. Saya cerita ini sekadar mahu berkongsi pengalaman dan apa yang saya rasa saja. Tak lebih dari itu. Satu perkara yang saya kena beritahu anda ialah, kalau kita tolong orang yang dalam kesusahan, Allah pasti akan tolong kita balik. Jangan ingat kalau kita bersedekah atau menderma, harta kita akan jadi kurang. Tapi sebaliknya, Allah akan gandakan lagi harta kita tanpa kita sedar.


Empat manfaat sedekah :

1. Meluaskan pintu-pintu rezeki
2.Menolak bala atau musibah
3.Menyembuhkan penyakit
4.Memanjangkan umur

Sedekah juga kalau boleh perlu dirahsiakan atau lebih tepat tak perlu digembar-gemburkan....bukan apa,takut timbul pulak perasaan riak dan takabbur kan???

Rasulullah S.A.W bersabda:

"barang siapa yang bersedekah dengan sebiji kurma yang diperoleh dengan usaha yang halal, maka Allah akan menerima dengan tangan kananNYA (yakni dengan berkahNYA).Kemudian dia melipatgandakan berkah bagi pelakunya,sebagaimana seseorang dari kalian melipatgandakan maharnya.Bahkan satu suap akan menjadi sebesar gunung uhud."

Jadi,siapa kata perlu jadi orang kaya,harta melimpah ruah baru boleh bersedekah????sepatutnya sedekahlah apa sahaja yang kita mampu....

Kesimpulannya,kalau ada orang datang meminta bantuan, atau ada orang minta sedekah pada anda, dan anda mampu untuk tolong, maka berilah pertolongan anda sebaik mungkin. Jangan banyak soal. Jangan fikir panjang. Jangan ragu-ragu lagi. Bantulah mereka sekadar kemampuan anda dengan seikhlas hati. Niatkan dalam hati bahawa anda buat itu semua hanyalah semata-mata mengharapkan REDHA ALLAH saja. Tak lebih dari itu. Semoga Allah terima kebaikan anda itu sebagai amal jariah.Lepas tu, lupakan sajalah kebaikan anda itu.Jom layan lagu 'Small Deeds" dari Native Deen nie...=)



1 comment:

nor amira said...

senyum tiga :D

senyum itu juga sedekah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...