Sunday, September 16, 2012

Aku Anak Banjar~


Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum...=D


Wadai kiping kalakatar,

Gegantas balungan hayam,
Kad raya kulir diantar,
Sms gin jadiam.


Tulak ka kadai tahaga kulaan,
Bertapeh hanyar kada bagigi,
Jom pang kita barilaan,
Kulukok kada tahaga lagik.


haaaaa..amacam???boleh faham tak pantun dekat atas tu???kalau nak tahu,nie salah satu pantun yang gunakan bahasa banjar...banjar ni apa?datang dari mana?sama macam jawa ke??haaa..banyak kan soalan..jom tengok sikit2 info pasal banjar dan orang-orang banjar..=)

1. Asal Usul


Orang Banjar adalah tergolong dalam rumpun bangsa Melayu, walaupun begitu, tidak banyak yang diketahui tentang masyarakat ini. Keadaan ini agak berbeza dengan orang Jawa yang lebih dikenali walaupun kedua-dua masyarakat ini mempunyai latar belakang penghijrahan yang hampir sama dan berasal dari negara yang sama iaitu Indonesia.Orang Banjar yang datang ke Tanah Melayu adalah berasal dari Kalimantan, Indonesia. Daerah yang paling ramai terdapat etnik Banjar di Malaysia adalah daerah Kerian di Negeri Perak Darul Ridzuan.


2. Pegangan


Dari segi agama, boleh dikatakan semua orang Banjar memeluk agama Islam dan mereka pada umumnya ialah orang yang taat menjalankan perintah agamanya. Beberapa ulama terkenal nusantara adalah terdiri dari orang Banjar.  Antara ulama terkenal di Malaysia

  1. Syekh Syihabuddin al-Banjari
  2. Tuan Guru Muhammad Saman Bin Muhammad (1922-1995) Ustadz Mat Saman Kati, ulama tasawuf dari Perak, Malaysia
  3. Dato Ishak Baharom, mantan mufti negeri Selangor.
  4. Syekh Husein Kedah Al Banjari, mantan mufti negeri Kedah

Kesan lain yangdapat diperhatikan dan masih kekal sehingga kini ialah terdapat banyak sekali sekolah-sekolah agama rakyat, madrasah mahupun pondok-pondok dikawasan-kawasan yang majoriti penduduknya orang Banjarseperti di daerah Kerian, Perak mahupun di daerah Sabak Bernam,Selangor.

Masjid Tinggi
Masjid ini telah dibina pada awal tahun 1900. Menurut rakyat tempatan, masjid ini asalnya adalah sebuah surau yang telah dibina oleh orang-orang Banjar yang berhijrah ke kawasan Kuala Kurau/Masjid Tinggi. Mereka dikatakan dibawa masuk dari Sumatera & Jambi, Indonesia pada tahun 1850-1860. 



3. Berani

Salah satu sifat yang agak ketara terdapat dalam masyarakat Banjar ialah bersifat berani dan pemanas. Masyarakat ini pantang dicabar dan bersifat panas baran. Penggunaan senjata seperti pisau (biasanyadisebut lading), parang panjang atau badik (sejenis pisau juga), tidak asing lagi bagi mereka terutama ketika berlaku pergaduhan. Dipercayai juga setiap keluarga orang Banjar pasti menyimpan sebilah parang panjang di rumah masing-masing untuk menjaga keselamatan mereka. Mereka suka menuntut ilmu-ilmupersilatan daripada pendekar-pendekar tempatan mahupun luar. Keadaan ini terbawa-bawa dan akhirnya telah menjadi sifat dan perangai mereka sehingga sekarang.



atas nie gambar abang teman....terlebih berani orangnya..hehehe..;)

4. Ciri fizikal

- Berkulit putih / cerah.
- Bermata sepet
- Seperti kacukan cina tetapi tidak jauh bezanya dengan Melayu



Nenek dengan mak teman..=)


Ini teman dengan mak uda teman.=)


yang ini anak buah teman..=)







atas nie semua sepupu-sepapat teman...serupa kan???huhu


wadai kipeng


bingka...both contoh makanan2 tradisi orang banjar..


busana perkahwinan orang banjar...amacam,ada berani pakai masa kawin??hoho

oklah...cukup sikit2 info pasal kaum banjar...errr..mungkin lebih gambar dari info..hehe..abah dengan mak teman dua-dua banjar pure...so,automatically teman pun banjar jugak le..fizikal macam banjar dah,cuma cakap je yang tak berapa banjar..hoho..dengar faham,nak cakap x pandai...(sikit2 boleh la)..

dulu-dulu kalau ada orang tegur / tanya yang teman nie ada kacukan cina ke (yang teruk lagi kata teman orang sabah dengan orang vietnam..cehh)..teman pun confuse..setahu teman tak de pulak...nenek teman datang nun dari indonesia..bila dah cari2..baru la teman tau yang orang banjar nie mmg iras2 cina gitu..hehe..#okay,teman memang bukan orang tanah melayu sejati..;P

Credits kepada blog2 di bawah : 


psssssst : teman berbangga nak kabor teman nie anak banjar..huhu...nama handphone teman pun 'Aku Anak Banjar'.....=D

6 comments:

Ali wardhana said...

Umay lah wadai bingkanya pina nyaman banar...
150 tahun bubuhan padatuan pian maninggalakan tanah banjar (kalimantan selatan) tapi budaya, bahasa wan wadainya masih kaya di daerah banjar asli. baju pangentennya gin sama seperti di wadah kami...
lamun ada waktu bajajalanan ke banjarmasin (kalimantan selatan) negeri asal padatuan pian...moga buhan pian di negeri malaysia selalu dalam perlindungan Allah..Amien

Unknown said...

Banjar majoriti hidung kambang . Jarang hidung mancung . Saya adalah banjar original x pernah campur lagi .

Sumandak Sabah said...

Saya kacukan Dusun dan banjar dayak dari sebelah bapa dan Visaya Philipine dari sebelah mak. Asal Sabah dan saya sabahan. Pigi kemana saja orang akan ingat saya Chinese padahal bukan...

Sumandak Sabah said...

Kalau nak tau, orang banjar itu sebahagian dari bangsa Dayak yg ada di kalimantan. Bahasanya juga ada byk persamaan dengan bahasa kedayan brunei dan Sarawak.

Unknown said...

Assalam, saya merupakan pelajar dari UiTM Dan saya menjalankan kajian tentang adat Dan pakaian pengantin Banjar .. bolehkah saya menemubual pihak anda .. Dan bagaimana saya ingin berhubung dengan pihak anda ?

Anonymous said...

Pak usu pon banjar kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...