Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Wednesday, July 13, 2011

khinzir islam????....=D

cerita nie diambil dari ---------> ali_imran.blogspot.com



Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di sebuah sekolah menengah. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah!!. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas..

pssst : Allah kurniakan kita akal fikiran...jadi pandai2lah fikir2kan ye...renung2kan dan selamat beramal!!!..=D

Sunday, June 19, 2011

hanYa bERpIndAH...


Ibrahim bin Syaiban ataupundikenali dengan nama Abu Ishak.Beliau adalah eorang yg mulia budi pekertinya dan teguh pegangan agamanya.

Pada suatu hari,salah seorang murid datang melawat beliau,tetapi terpaksa tinggal di rumahnya buat beberapa hari disebabkan muridnya itu kemudian jatuh sakit.Tidak lama kemudian muridnya itu meninggal dunia.Jenazahnya pun dimandikan dan disembahyangkan,kemudian dibawa ke kubur.
Sesampainya di kubur,jenazah itu diturunkan ke liang lahad.Ibrahim membuka balutan wajah muridnya itu dan meletakkan pipinya ke tanah sebagai tanda penyerahan diri kepada Tuhan.Tiba2 wajah muridnya itu tersenyum dan berkata “Adakah tuan meremehkan saya di hadapan Tuhan??” Tanya jenazah itu kepada Ibrahim
“Tidak,saudaraku! Adakah saudara hidup semula sedangkan saudara sudah mati?” Tanya Ibrahim sambil merenung wajah anak mridnya yang tersenyum itu.
“Tidakkah tuan tahu,sebenarnya saya bukan mati,tetapi saya hanya berpindah daripada satu alam ke alam yang lain,” kata jenazah yg tersenyum itu.

pssst..: kematian bukan penamat,tapi sebenarnya satu permulaan kepada satu kehidupan lain yang kekal abadi..sejauh dan sebanyak mana bekalan yang dah kita kumpul untuk kehidupan di sana??? sama2 kita muhasabah diri masing2..wallahua'lam..

Saturday, June 11, 2011

Dia lebih tahu.....

Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu,yang menciptakan segalanya,yang menimpakan hujan,yang menjadikan sakit hatimu,yang membuatkan keinginanmu terhalang serta menyusahkan hidupmu,pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia.Bukan Allah tidak tahu derita hidupmu,retak hatimu,tapi mungkin itulah yang dia mahukan kerana dia tahu hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak dan mudah untuk akrab dan dekat dengannya.

Friday, May 20, 2011

Jom pakat-pakat pi sedekah...=)



Assalamualaikum,selamat petang saudara2 yg saya sayangi...hari nie saya nak berkongsi sedikit tentang isu 'sedekah'.....pernah tak anda :

1. Jumpa peminta sedekah tepi2 jalan mana2,muka baik,naive dan nampak susah sekali..minta sedikit duit pada anda,lalu anda pun beri tanpa banyak soal....tak lama lepas tu kebetulan anda terjumpa lagi orang yang sama,tak seperti apa yang anda jumpa sebelumnya.....rasa geram jee...

2. Anda rasa teragak-agak nak berikan sedikit duit pada orang lain sebab takut merugikan anda...kalau bagi pun,tak ikhlas aje.......

3.Anda berikan duit sebab nak perhatian ataupun orang kata nak nampak baik di mata orang lain...kononnya sedekah........

4. Anda berikan sumbangan kepada sapa2 aje,lepas tu buat sesi penyerahanlah,press conferencelah....

hmmmm..kalau pernah berlaku pada anda...sama2lah kita renung balik...peringatan pada diri saya sendiri jugak...secara jujurnya,saya memang jenis yang mudah bersimpati pada orang lain...bila terjumpa orang yang meminta sedekah di tepi2 jalan,di tengah2 pasar,tangga kompleks beli-belah...hati saya jadi sayu....dan saya selalu terfikir,bagaimanalah agaknya kalau saya berada di tempat mereka???

Saya berkongsi cerita ini bukannya nak tunjuk saya ni baik atau bukan nak riak. Saya cerita ini sekadar mahu berkongsi pengalaman dan apa yang saya rasa saja. Tak lebih dari itu. Satu perkara yang saya kena beritahu anda ialah, kalau kita tolong orang yang dalam kesusahan, Allah pasti akan tolong kita balik. Jangan ingat kalau kita bersedekah atau menderma, harta kita akan jadi kurang. Tapi sebaliknya, Allah akan gandakan lagi harta kita tanpa kita sedar.


Empat manfaat sedekah :

1. Meluaskan pintu-pintu rezeki
2.Menolak bala atau musibah
3.Menyembuhkan penyakit
4.Memanjangkan umur

Sedekah juga kalau boleh perlu dirahsiakan atau lebih tepat tak perlu digembar-gemburkan....bukan apa,takut timbul pulak perasaan riak dan takabbur kan???

Rasulullah S.A.W bersabda:

"barang siapa yang bersedekah dengan sebiji kurma yang diperoleh dengan usaha yang halal, maka Allah akan menerima dengan tangan kananNYA (yakni dengan berkahNYA).Kemudian dia melipatgandakan berkah bagi pelakunya,sebagaimana seseorang dari kalian melipatgandakan maharnya.Bahkan satu suap akan menjadi sebesar gunung uhud."

Jadi,siapa kata perlu jadi orang kaya,harta melimpah ruah baru boleh bersedekah????sepatutnya sedekahlah apa sahaja yang kita mampu....

Kesimpulannya,kalau ada orang datang meminta bantuan, atau ada orang minta sedekah pada anda, dan anda mampu untuk tolong, maka berilah pertolongan anda sebaik mungkin. Jangan banyak soal. Jangan fikir panjang. Jangan ragu-ragu lagi. Bantulah mereka sekadar kemampuan anda dengan seikhlas hati. Niatkan dalam hati bahawa anda buat itu semua hanyalah semata-mata mengharapkan REDHA ALLAH saja. Tak lebih dari itu. Semoga Allah terima kebaikan anda itu sebagai amal jariah.Lepas tu, lupakan sajalah kebaikan anda itu.Jom layan lagu 'Small Deeds" dari Native Deen nie...=)



Saturday, October 23, 2010

Jom Buat Renovation.....


Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum semua yg sudi menjenguk ke teratak Qasidah hati saya nie...syukran,arigato,merci,thank you,terima kasih......=)

Alhamdulillah  malam tadi (22/10/2010) saya sempat mghadirkan diri ke Masjid UMP....mendengar ceramah drp Ustaz haji mukmin dan saudara Nazrey Johani (Raihan)....cadangnya nak join dr mula...(program start pukul 7.00 malam)..alih2 ada test 1 intro to biotech pulak...hmm...nak nuat mcm mana,xde rezeki nk ikut dr awal...lepas test (soalan memang tahap susah...=(..maklumlah Mr Adam yg buat...adoih...) ada discussion ntuk final project tech english pulak...akhrnya dpt jugak g dgr ceramah pukul 10 lebih...dh nak habis pun tyme sampai tu..xpelah.....nak buat mcm mana...=)

disebabkan i dtg lmbat,so x byk yg dpt dikongsi di sini..hehehe...HATI..dari segi fizikalnya hati cuma satu organ dalam badan yg sngat penting...tapi jika dilihat sebaliknya hatilah yg memainkan peranan penting...jika hitam hati, maka????....behaviors will be the reflection right??so,mcm mana kita nak ubat balik hati2 kita nie supaya sentiasa mnjadi hati2 yg tenang,aman,bahagia dan rasa dekat dengan Allah...???solutionnya..makanlah ubat hati..(bukan tonik hati Al-Jabbar tu ye..hehehe.)...ada beberapa perlakuan ataupun perkara2 yg perlu kita lakukan dlam proses mengubat hati kita nie....

1) Membaca Al-Quran dengan menghayati dan memahami isi2 kandungannya.
2) Mengosongkan perut dari terlalu kenyang ataupun berpuasa
3) Kerapkanlah bangun untuk beribadat di waktu malam
4) Sentiasa mencari peluang untuk menghampirkan diri kepada Allah dengan berzikir dan sebagainya
5) Sentiasa bersama-sama dalam majlis dengan orang2 soleh.

Saudara Nazrey

Ini sedikit bahan drp ceramah yg sempat sy salin malam tadi...untuk renungan kita bersama.........

"Janganlah kamu matikan hatimu dgn membanyakkan makan.Sesungguhnya hati itu umpama tumbuh2an,jika banyak disiram,akan mati"

"hadirkanlah diri dengan majlis bersama2 dengan orang2 alim.Sesungguhnya Allah akan sirami hati yg mati dengan limpahan rahmat dr kata2 orang2 alim.."

"Sesungguhnya Allah ada kebun di dunia ini.Barang siapa masuk ke kebun itu maka bahagialah hidupnya.kemudian ditanya "apakah kebun itu??"..lantas dijawab "kebun itu adalah majlis2 ilmu"...

Jadi marilah kita sama2 berusaha membersihkan hati2 kita supaya ibadah kita dapat diterima dan kita sentiasa dalam keadaan tenang dan ikhlas dalam melaksanakan perintahNYA...peringatan buat anda semua dan juga diri sy yang mudah lupa....InsyaAllah...=)

Friday, October 8, 2010

aNda 'herO kaMpuNg' atau TidaK??????



Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum semua..=)..salam pagi Jumaat,penghulu segala hari..

university's life....kena buat presentation tu perkara biasa...satu kerugian pada sapa2 yg x mampu bina confidence level ntuk bercakap depan orang ramai......saya boleh dikatakan bertuah sebab i've found no problems doing the public speaking....ramai jugak kawan2 yg tanya mcam mana nk ada confident??mcm mana nk hilangkan rasa nervous...ada jugak yg kata macam nie pada saya..."nizah,aku nak serap sikit ko punya confidence level.."..hehehe buleh ka macam tu???..=)

saya nie bukanlah bagus sangat bab2 nie..tp maybe i've something to share with.....confidence level tue perlu dibina sndiri....xde sapa boleh tolong....ramai yg kata...."ala...aku malu la cakap dpan orang.."..."ala,aku x pandai la....".."weyh,aku kalau ckp dpn public mmg ketaq.."....macam2 ayat boleh kita dengar....hmm....kalau anda ada masalah pasal terketaq2 nak cakap depan org ramai....maybe tips2 yg x seberapa nie boleh tolong.....

1) BERSEDIA
    
get well prepared friends!!!!..selalunya kalau presentation di universiti,soalan x diberi on the spot...maybe certain cases yes...tapi selalunya tajuk presentation dh diberi lama....jadi xde apa2 alasan ntuk x prepare...keep practising as practise makes fluent.......mula2 mungkin rasa x biasa..it takes time..lama2 bila dh biasa cakap di depan audiens..everything will be okay...

2) TAHU APA YG NAK DISAMPAIKAN

kalau sendiri x tahu or not sure (maybe bcoz of less prepared)..mmg byk masalah akn timbul...masa buat slides or paper work tu rajin2 lah buat some research...tambah info sikit2...janganlah buat sambil lewa je..semata2 nak siap je...lagi teruk,kawan lain yg buat kerja,buat slides...jadi apa yg anda dapat???jangan kerja baca slide je....at least,kalau audiens tanya apa2 soalan,kita tahu nak jawab apa....xdelah rasa risau je...risau x dapat jawab soalan kawan2 atau pensyarah..

3) TAHU KELEMAHAN DAN KELEBIHAN SENDIRI

Setiap org ada kelebihan n kelemahan sndiri...that's your work to explore it!!!contohnya,kelemahan anda,nervous kalau present dengan tangan kosong...jadi,bila dh tau kelemahan,cari jalan ntuk tutup kelemahan tu....it would be ok kalau pegang something like pen or short note..i repeat..short note!!!jangan la bawak nota sebesar kertas A4 pulak..=) and kelebihan pulak..contohnya anda memang expert bab2 buat slides pakai computer nie...so,makes ur slides as perfect as u can..audiens akan lebih tertarik waaupun ur points are not so good...sekaligus akan tutup sikit kelemahan anda yg lain2 tu....

4) TENANGKAN FIKIRAN

Inhaled...exhaled..inhaled..exhaled...huhuhu..sebelum bercakap tu,tarik nafas panjang2...susun ayat cantik2,senyum....and cakap...(mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim..)..selalunya presentation dalam kelas pun depan kawan2 je...org yg dh biasa..buat macam biasa kita cakap2,sembang dengan dyorang sudah...but,in formal way lah...=)....

5) BUAT POST-MORTEM..(betul ke eja nie???huhu)

Lepas habis presentation tu...jgn lah segan2 jumpa lecturer or sekurang2nya kawan2 audiens tadi..tanya pendapat dyorang..what are good and bad about our presentation...kadang2 kita x sedar pun kita buat silap..walaupun kecil,but still gives effect....yg paling baik..tanya audiens,sbb mereka bukan dengar saje,tapi menilai....bila dh dengar sendiri comment orang lain..apa lagi???perbetulkan lah apa yg x ok...pada saya x ada masalah kalau buat salah,tapi bermasalah kalau still buat salah yg sama ntuk presentation seterusnya....maknanya anda x ambil kisah pun apa yg x baik tentang presentation anda,dan x ada effort pun nak baiki....still at the same level!!!

Conclusionnya...please take note...i'm not saying these are most important tips....ini cuma pendapat n prkongsian drp saya sndiri...banyak lagi tips2 yg  bagus di luar sana..it's up to you nak work for it or not...ingat,communication skills sangat penting zaman sekarang nie..mungkin ramai yg rasa benda nie x berapa penting...lagi2 kalau present TITAS or Tech.English...baik buat assngment calculus or study biochem....but,x guna ada segulung ijazah,tapi x mampu nak 'bersuara' and communicate well....jangan ingat orang nak sentiasa ingatkan atau tolong anda....you have to help urself!!!....jangan jadi 'hero kampung' saja...dekat belakang suara andalah paling kuat..andalah yg paling banyak men'komen',,tp bila suruh cakap di depan??????fikir2kanlah...

yg baik itu dr Allah,yg buruk juga dr Allah,tp disandarkan atas kelemahan saya...sekadar perkongsian bersama....=)

Sunday, October 3, 2010

Senang bin susah...

Assalamualaikum semua...(mcm ramai je yg membaca..hehe..x kisah lah..)

petang ahad yg berbahagia nie...xde cerita sgt..(otak sudah diperah menyiapkan assingment TITAS and lab report biochem & cell molecular biology..)......Alhamdulillah..dh selamat beli printer jenama Canon MP 258 semalam..nampaknya Allah beri kemudahan kpd ak sbb ad duit n masa ntuk keluar ke Kuantan dgan Abang Lie ntuk beli printer...Alhamdulillah..x payah lah susah2 nak print lab report di bilik orang lain lagi..=)..SYUKUR...
..............................................................................................................................................................

2 hari lepas (jumaat malam) sy mghadirkn diri ke masjid UMP nie..mndgr ceramah oleh Ustaz .....(x ingat lah nama dia..)..bak kata ustaz tu,orang yang senang ialah org yang boleh & berkemampuan buat apa yang dia nak...orang sekarang nie kalau tnya siapa orang yg senang tu....depa jawab macam nie..."alah..org senang..macam Dato' X tu lah..senang apa..ada kereta mewah 10 bijik,rumah banglo 10 tingkat...bla..bla..bla...."...bukan macam tu sahabat2 ku semua....kesenangan tu tak boleh langsung diukur drp berapa banyak harta yang dia ada...contohnya,seorang hartawan yg memang bersusun-susun hartanya..tapi ada macam2 penyakit..terlantar pulak di hospital..nak buang air sendiri x boleh,nak makan apa yg dia nak pun x boleh,nak solat secara normal x boleh,nak buat macam2..sumanya x boleh...itu dikira SENANG jugak ke???..lebih baik si polan nie..harta x banyak mana pun...duduk kampung je..tapi,boleh pergi meronda naik motor petang2,boleh pergi masjid tiap2 hari,boleh makan ayam,kambing..boleh mandi sungai...haa..senang je hidupnye...boleh buat apa yg dia nak....makanya..tolonglah tukar perspektif anda semua ye...saya x kata pendapat ini yang paling betul..tp,apa salahnya lepas baca tu..fikir2kanlah yee...anda rasa anda orang SENANG ke tak????

Sunday, September 26, 2010

Ibu membenci Saya Bertudung

salah satu kisah benar yg sy baca drp buku yg saya pinjam dr library ump bertajuk "bagaimana akhirnya saya bertudung"


                                UMMU HANAN
                                                 
Bagaimanakah saya akhirnya memakai tudung,itu kisah yang menarik yang boleh dikongsi.Bagaimana pula saya mampu bertahan terus memakainya,ia peristiwa yang bersejarah yang cukup menakjubkan.saya rasakan inilah peluang terbaik saya mengabadikan pengalaman saya dalam bentuk peulisan,supaya ank cucu saya dapat mengambil manfaat daripadanya.




Zaman Kegelapan


Lebih dari 40 tahun yang lalu...Ehemm...nampaknya saya membuka satu rahsia peribadi di sini!Zaman 1960-an adalah zaman ‘mini skirt’,zaman kerata PROTON SAGA belum tercipta lagi. Saya ke sekolah dengan menaiki beca roda tiga.Saya dibesarkan di sebuah bandar kecil di Johor,bersekolah rendah aliran Inggeris pada waktu pagi dan sekolah agama (di bawah Jabatan Agama Johor)pada waktu petang



Kami memakai mini skirt paras lutut semasa ke sekolah.Semasa riadah dan sukan kami memakai seluar pendek yang memang pendek.Seksi,sepatah kata anak lelaki saya.Nama lain bagi seluar pendek ialah ‘hot pants’ yang mungkin dikatakan demikian kerana mungkin pakaian tersebut memberikan rasa ‘bahang keseronokan’ (hot) kepada yang memandang.Uniform kami dinamakan ‘pinafor’ berwarna merah hati,sehelai baju gaun tanpa lengan yang dipakai di bahagian luar,di bahagian dalam pula blaus lengan pendek berwarna kuning kunyit.masa itu uniform belum diseragamkan seluruh negara seperti sekarang yang berwarna putih biru.




Di sekolah agama kami diajar pengetahuan asas Islam,yang saya lupa sebaik sahaja umur baligh.Apa yang paling menyedihkan pada masa itu ialah para ustazah tidak memakai tudung dengan sempurna.Kebanyakan mereka memakai selendang ataupun tudung kecil yang nampak ‘jambul’ di depan dan kadang-kadang ‘ekor’ rambut di belakang.Justeru,saya membesar dengan kefahaman bahawa demikianlah cara memakai tudung yang betul.Apabila memakai baju kurung ke sekolah agama pun sekadar bertudung kecil yang diikat di leher.Demikianlah juga aksi para ibu kita zaman itu,mereka menggayakan tudung mereka semasa melawat jenazah dan istiadat keagamaan.


Semasa saya bersekolah menengah di sebuah sekolah berasrama penuh yang berprestij di negara ini,tiada seorang pun memakai tudung termasuk ustazahnya!kami masih memakai skirt atas paras lutut.Semasa riadah da sukan,kami memakai seluar pendek.Kami berlari dengan selesa keliling padang,sama sahaja keadaannya ketika kami berada di sekolah rendah,kawan saya kata kaki saya seksi.



Semasa saya berada di tingkatan empat,kami mendapat kejutan,apabila pada suatu hari seorang bekas pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran di luar negara datang mengunjungi kami,dengan bertudung litup!Ketika itu saya adalah seorang drum major pancaragam elit sekolah,atlet sekolah,penari sekolah,pendek kata,orang yang terkenal di sekolah!Tetapi senior ini membangkitkan pelbagai perasaan kepada saya.


Saya selalu rasakan saya sudah cukup warak,sebab saya selalu dilantik menjadi imam ketika sembahyang mungkin kerana saya mempunyai kelebihan sedikit iaitu pandai mengaji Quran berbanding kawan-kawan lain.Saya sembahyang lima waktu sehari apabila berkesempatan sahaja.kalau tidak sempat mudah saja (andaian saya),qada sahaja.saya berpuasa pada bulan Ramadhan dan membaca al-Quran hanya semasa kematian dan pada acara keaagamaan.

Tetapi ,engapa kini saya berasa ‘bersalah’ dan berasa berdosa?Saya mendengar senior kami itu dengan penuh minat sebab dia memakai tudung,tetapi saya belum sanggup meninggalkan kehidupan yang penuh glamor ketika itu.Tetapi nun di sudut hati,saya tetap merasakan suatu perasaan berdosa dan rasa bersalah!Separuh daripada fikiran saya menolak pernyataannya dengan alasan-alasan tidak munasabah yang saya ciptakan sendiri.Saya tidak mahu dibakar oleh api neraka,saya takut rambut saya digantung,sungguh menakutkan.Setiap minit kehidupan di dunia akan dikira berganda-ganda di akhirat.Sehari di akhirat bersamaan dengan 40,000 tahun di dunia.Sungguh mengerikan!


Apabila saya berada di tingkatan 6,beberapa rakan dari sekolah berdekatan memberikan beberapa buah buku agama untuk dibaca.Pada masa itu,membaca buku agama sungguh membosankan,jika dibandingkan dengan keseronokan membaca novel-novel cinta yang bergilir-gilir dibaca sesama kami.Beberapa kawan-kawan nakal saya mengatakan yang saya kononnya mahu menjadi orang ‘baik-baik’.Mereka menyindir saya tidak berpijak di bumi nyata.Saya masih yakin bahawa Allah maha pemaaf dan maha pengampun terhadap segala dosa hambanya.Benarlah!Telahan saya dibuktikan kemudiannya.



Apabila saya menjejakkan kaki ke menara gading,itulah pengalaman saya yang pertama kali bercampur dengan lelaki,selama ini saya bersekolah di sekolah perempuan sahaja sejak sekolah rendah dan menengah.Saya rasa geli geleman pada renungan nakal budak-budak lelaki yan g seolah-olah melapah tubuh saya.Saya rasa seolah-olah ditelanjangi! Sebelum itu saya tidak perasan langsung bahawa saya mampu menarik perhatian mereka,walaupun sya tahu saya memang seorang yang bergaya.Saya melihat kawan-kawan lain seronok dengan pegalaman baru ini.Saya pula sebaliknya.Saya merasa sesak nafas dan tidak elamat setiap kali para pemuda datang mendekati kami.Saya rasa tidak dihormati setiap kali dikerumuni dan digoda.


Agaknya memang sudah ditakdirkan,pada suatu hari saya diusik oleh seorang senior lelaki secara selamba sambil mengatakan saya akan bertanggungjawab membela diri saya yang ‘nakal’ ini di depan Allah di hari akhirat kelak.Tanpa disedarinya usikan itu membuat saya bungkam!Saya tahu saya tidak mempunyai sebarang alasan yang kukuh untuk diajukan kepadaNYA.Kita akan dibangkitkan dari kubur,semuanya bertaraf sama sahaja di sisi Allah.Kita akan ditanya apa yang kita buat di dunia dan bagaimana kita menghabiskan kehidupan kita.Tidakkah malu nanti untuk memberikan alasan-alasan yang Allah maha mengetahiu apakah yang sebenarnya dalam hati ini?
Oh Tuhan...!!!Pada malam itu saya bertaubat,menangis sepuas-puasnya dalam sembahyang tahajud,penuh kesyahduan dan hiba memohon ampun kepada Allah terhadap segala kesalahan masa lalu,fikiran-fikiran yang mentah dan segala kesalahan masa lalu,fikiran-fikiran yang mentah dan tidak matang.Hati saya yakin Allah akan mengampuni saya kerana Allah maha pemaaf dan maha pengampun.Dia memberikan saya peluang kali kedua untuk berada di jalanNYA.Mampukah saya mengabaikan TANDA kekuasaanNYA?
Esoknya saya berjumpa dengan seorang senior untuk meminjam tudung.Alangkah mulianya dia kerana menghadiahkan saya beberapa helai tudung sebagai hadiah.Alhamdulillah,perubahan saya ini mengejutka ramai orang dan dalam masa yang singkat saya menerima ramai kenalan baru.
Sedihnya,ibu saya tidak sependapat begitu.Saya sangka ibu saya tidak akan marah kerana setahu saya ibu seorang yang konservatif.Tidak pernah terfikir terfikir di kepala saya ibu saya tidak bersetuju dengan keputusan saya bertudung.Walaupun begitu, saya sudah sedia menghadapi dugaan sebegitu seperti yang dikatakan di dalam al-Quran,dugaan akan dilalui oleh oleh orang-orang yang berjuang di jalanNYA.
Kami bertengkar setiap hari,berhujah tanpa henti membuat saya keletihan setiap kali pulang bercuti.Dia sering mengancam,katanya masa depan saya akan jadi gelap kerana saya ‘anak derhaka’.Saya juga akui saya silap kerana membalas kata-katanya tanpa hikmah.


Pada suau hari ibu menghilangkan diri.Beberapa hari kemudian kami mendapat tahu ibu pergi berjumpa seorang ustazah.Ibu mencari penawar bagi ‘anutan ilmu baru’ saya.Sedihnya,ustazah itu tidak memakai tudung.Kemudian ibu memujik bapa saudara saya menasihati saya menanggalkan tudung kerana tiada sesiapa yang memakainya.Ada juga kata-katanya yang menghina Sunnah!Semoga Allah mengampuninya kerana kejahilannya.
Saya mempunyai seorang adik perempuan berusia 13 tahun.Rupanya,dalam diam adik saya mengikuti perubahan pada diri saya,yang padanya ’menjelma’menjadi manusia baru yang bertanggungjawab!Tidak lama kemudian adik saya mengikut jejak langkah saya memakai tudung.Bertambah lagi marahnya ibu!
Oleh kerana saya jauh dari rumah,maka kebencian ibu dilepaskan ke atas adik.Ibu menyembunyikan tudungnya,membuang ke dalam longkang,kadang-kadang tidak dibuka pintu apabila pulang ke rumah,di samping maki hamun yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang ibu.Saya menangisi berita sedih adik melalui surat-suratnya.Saya hanya mampu membalas dengan semangat dan kata-kata dorongan dari jauh.Alhamdulillah,sehingga kini dia masih bertahan dengan tudungnya.




Perubahan ketara terjadi apabila saya menerima beberapa tawaran kerja di Lembah Klang sebaik sahaja tamat pengajian.Ibu terpegun dan tanggapannya pada mereka yang bertudung sekelip mata bertukar.barulah saya tah,rupanya kasih sayangnya yang keterlaluan itu membuatkannya bertindak di luar jangkaan.Dia terlalu memikirkan ‘kewarasan’ kami dan penerimaan masyarakat pada kami.




Selepas itu itu mula berubah.Dia memakai tudung atas kerelaannya sendiri.Saya memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi dengan menghadiahkan beberapa helai tudung kepadanya.Ibu memang benar-benar berubah,berlainan benar dengan keadaannya beberapa tahun dahulu.



Apabila saya menerima pinangan daripada seorang lelaki yang soleh,ibu saya teramatlah seronok.Tidak lama kemudian suami sayalah menantu kesayangannya sehingga hari ini.Saya bersyukur kepada Allah yang memberi rahmat kepada kami sekeluarga.Alhamdulillah.


p/s : Alhamdulillah Allah memberi hidayah kepada penulis ini untuk melaksanakan perintahnya...dari cerita yg dsmpaikan..kta sndiri dpt lihat bgaimana besarnya cabaran yg penulis hdapi utk berubah..bagaimana dengan kita yg sememangnya dilahirkan dan dibesarkan dalam persekitaran Islam..adakah kita benar2 faham pengertian menutup aurat atau sekadar bertudung kerana fesyen dn sebagainya..adakah kita benr2 mghargai nikmat Iman & Islam???untuk renungan bersama..anda yg sudi membaca & juga saya yang mudah lupa...

Wednesday, September 22, 2010

Ketika Allah Memilihmu Untukku..




Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..


Ingin ku beri tahu padamu..


Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..


Orang tua yg begitu sempurna..


Dengan cinta yg begitu melimpah..


Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..


Maka, padamu ku katakan..


Saat Allah memilihmu dalam hidupku,


Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..


Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..










Padamu yang Allah pilihkan untukku..


Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,


Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..


Maka, ketika Dia memilihmu untukku,


Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn ketidaksempurnaanmu.


Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..


Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..


Karena kelak kita akan satu..


Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,


Kau dan aku akan menjadi 'kita'..










Padamu yg Allah pilihkan untukku..


Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,


Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..


Maka ketika Dia memilihmu untukku,


Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka pegang tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..


Itulah visi pernikahan kita..


Ibadah pada-Nya ta'ala..










Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..


Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..


Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..


Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,


Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..


Namun jangan kau cuba meluruskanku, karena aku akan patah..


Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..


Namun tatap mataku, tersenyumlah..


Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..


Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..


Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..


Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..










Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap rumahku..


Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..


Maka dimataku kau adalah yang terindah,


Kata2mu adalah titah untukku,


Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..


Maka kalau kau berkenan ku meminta..


Jadilah rumah yg indah, yang kukuh…


Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..










Padamu yang Allah pilih menjadi tiang hidupku…


Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..


Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..


Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,


Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..


Yang darahnya mengalir darah syuhada..


Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..


Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..


Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..










Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…


Ku memohon padamu.. Redhalah padaku,


Sungguh Redhamu adalah Redha Ilahi Rabbi..


Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..


Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..




Saturday, July 31, 2010

SuaRA hAti....

Siapa yang tak mengakui indahnya bunga? Dengan warna yang menarik dan bau yang harum, ia sering menjadi idaman. Kadang-kadang ia juga menjadi perhiasan. Mata yang menilai pula mendapat tafsir tentang keindahan dari akalnya. Akal yang baik dan cerdas adalah akal yang dipandu oleh kasih Allah dan Rasulnya. Bukankah ini yang dinamakan iman…………




Tidak seorang pun yang dapat menafikan, betapa indahnya mega petang. Warnanya yang begitu menawan, memukau setiap mata yang memandang, setiap hati yang terusik dan setiap jiwa yang rindukan kedamaian. Namun…. lebih indah lagi sekiranya hati kecilnya berkata: ‘Mahasuci Allah, tidak engkau jadikan semua ini sia-sia. Mahasuci Engkau ya


Allah, lindungilah aku dari api neraka.’


Begitu juga dengan keindahan jeram-jeram di kali, dedaunan gugur dihembus angin. Peristiwa-peristiwa sebegini amat meniggalkan kesan kepada hati makhluk yang bergelar insan . Itulah hakikatnya, fitrah jiwa manusia . jiwanya cenderung kepada keindahan dan kecantikan. Biar apapun pangkat dan kedudukannya. Seorang kaya mungkin merasakan


bahawa keindahan itu ialah rumahnya yang tersergam indah di atas bukit dan potretnya yang dilukis hebat. Seorang fakir pula mungkin merasakan bahwa keindahan itu adalah dari riak wajah anak-anak kecilnya yang menunggu kepulangannya.


Namun tidak ramai yang mengetahui, tentang wujudnya satu keindahan hakiki…. indahnya ia membuahkan perasaan kasih sayang pada ibu dan ayah. Indahnya ia , melahirkan rasa kasih pada sahabat dan indahnya ia, memandu akal dan jiwa kepada etenangan, kedamaian, dan kerinduan kepada kebahagiaan. Itulah tanda kasih dan sayang pada Maha Pencipta dan Maha Pengasih. Itulah tanda kasih dan sayang pada Allah dan


Rasulnya.


Hatinya berbisik; lagi……..’Ya Allah, banyaknya nikmat-Mu padaku.tapi ………. sedikitnya aku bersyukur, ya Allah , hatiku tahu nafsu jahat itu musuhku, tapi banyaknya jalan-jalannya yang telah aku turuti. Ya Allah, besarnya pengorbanan ayah, tingginya


nilai kasih dan mesra ibu, tapi aduhai …..sedikitnya do’aku untuk mereka. Ampunkan, ampunkanlah wahai yang Maha Pengasih’


Marilah kita bersama-sama memiliki keindahan iman ini. Milikilah ia dengan banyak merenung dan memikirkan nikmat-nikmat Allah…. Milikilah ia dengan ilmu yang mendalam, mudah-mudahan dengannya keindahan yang hakiki akan kita peroleh. Tidak


seperti keindahan dunia ini yang hanya bersifat sementara…………….
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...